Post Header
Untuk mengukuhkan keselamatan dan memudahkan proses penyelenggaraan, kami telah membuat perubahan yang mendadak kepada kod untuk sistem log masuk Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Sepertimana yang pernah kami umumkan, perubahan tersebut telah menyebabkan setiap pengguna untuk dilog keluar dari akaun masing-masing. Jika anda mengetahui nama pengguna dan kata laluan anda, anda sepatutnya dapat log masuk seperti biasa. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda perhatikan jika anda menghadapi masalah.
Sudahkah anda mengaktifkan akaun anda melalui pautan yang disertakan bersama dengan e-mel pengesahan pendaftaran anda?
Jika anda telah mendaftar ke AO3 dan mengalami masalah untuk mengelog masuk, sila pastikan yang anda telah mengaktifkan akaun anda! Dalam masa 24 jam selepas mendaftar, anda sepatutnya telah menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada [email protected], yang meminta anda untuk mengaktifkan akaun AO3 anda melalui pautan yang telah disertakan. Emel pengaktifan selalunya akan diterima selepas anda mendaftar, tetapi sesetengah laman e-mel dapat melengahkan penghantaran e-mel tersebut.
Selepas akaun anda diaktifkan, anda akan menerima e-mel pengesahan pengaktifan tersebut daripada alamat e-mel yang sama: [email protected]. Kadangkala, kedua-dua e-mel sebegini boleh termasuk dalam spam, jadi pastikan yang anda turut memeriksa dalam peti e-mel spam semasa mencari emel tersebut! Jika anda memang tidak menjumpai sebarang e-mel pengaktifan akaun ataupun e-mel pengesahan pengaktifan anda, malah, 24 jam telah pun berlalu sejak anda mendaftar, anda boleh menghubungi Bantuan untuk meminta agar akaun anda diaktifkan oleh seorang penyelaras.
Jika anda hendak mengelog masuk menggunakan nama pengguna, adakah nama pengguna tersebut betul?
Untuk menyemak sama ada sepatah nama pengguna wujud dan adalah milik anda, sila pergi ke bar alamat pelayar Internet anda dan masukkan https://archiveofourown.org/users/USERNAMEdengan menggantikan "USERNAME" dengan nama pengguna yang anda cari. Jika akaun tersebut memang wujud, anda akan dibawa ke Dashboard (Papan pemuka) akaun tersebut. Anda kemudian boleh memeriksa jika ikon, maklumat profil, karya awam atau hasil kerja yang ditanda bukukan untuk akaun itu adalah milik anda.
Sila ambil perhatian yang nama pengguna boleh mengandungi huruf kecil dan huruf besar dari A-Z, angka, dan garis bawah (_) sahaja.
Jika anda hendak mengelog masuk menggunakan alamat e-mel, adakah alamat tersebut betul?
Jika anda mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel, ia mungkin membantu untuk ke laman New Password (Kata Laluan Baharu), isikan alamat e-mel anda dan tekan "Reset Password" (Tetapkan Semula Kata Laluan). Jika alamat e-mel yang anda masukkan tidak dikaitkan dengan akaun, anda akan dimaklumkan dengan mesej ralat dan e-mel tersebut tidak akan dihantar. Anda akan dapat mengetahui alamat e-mel yang mana satu digunakan untuk akaun anda dengan menggunakan cara ini dengan setiap alamat e-mel anda.
Anda tetap akan dapat mengelog masuk dengan kata laluan anda yang sedia ada walaupun masa telah menerima e-mel penetapan semula kata laluan(abaikan sahaja e-mel tersebut).
Adakah kata laluan anda betul?
Jika anda telah menentukan yang nama pengguna atau e-mel yang anda sedang menggunakan untuk mengelog masuk adalah betul, masalahnya mungkin ada pada kata laluan anda. Isikan borang di laman New Password dan sebuah pautan di mana anda dapat menukar kata laluan anda akan dihantar kepada anda melalui e-mel.
Sekiranya anda tidak menerima e-mel tersebut dalam tempoh 24 jam, pastikan yang anda menyemak peti e-mel spam atau pemintas peti masuk automatik. E-mel tersebut akan bersubjek "[AO3] Reset your password" (Tetapkan semula kata laluan anda).
Suntingan (28 Disember, 10:43 UTC): Oleh kerana perubahan cara kata laluan ditapis anda perlu tetapkan semula kata laluan anda jika ia pernah mempunyai karakter < or >. (Anda masih boleh menggunakan < dan > dalam kata laluan anda; ia hanya perlu dikemas kini untuk sistem baharu kami.)
Adakah pelayar Internet anda atau pengurus kata laluan dalam pelayar Internet anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda secara automatik?
Jika anda menggunakan fungsi auto-complete atau pengurus kata laluan pelayar Internet anda untuk mengelog masuk ke AO3, kombinasi nama pengguna dan kata laluan yang telah disimpan mungkin kurang tepat. Untuk mengesahkannya, sila padam maklumat log masuk yang telah diisi dan taip semula nama pengguna dan kata laluan anda secara manual. Jangan lupa untuk mengemas kini maklumat auto-complete atau pengurus kata laluan anda dengan kombinasi nama pengguna dan kata laluan yang betul untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi sekali.
Sudahkah anda cuba untuk memadam kuki pelayar anda?
Kadangkala, isu-isu yang timbul semasa mengelog masuk juga boleh disebabkan oleh kuki yang tersalah konfigurasi ataupun telah rosak. Isu-isu ini boleh menyebabkan kemunculan mesej ralat yang menyatakan bahawa kata laluan atau nama pengguna yang telah dimasukkan itu tidak sepadan dengan rekod kami, walaupun informasi tersebut betul. Terdapat juga kes di mana ia dipaparkan mesej "log masuk berjaya", tetapi anda sebenarnya tidak dilog masuk.
Untuk memastikan yang penetapan kuki anda tidak menghalang anda daripada mengakses AO3, sila pastikan yang pelayar Internet anda boleh menerima kuki daripada AO3 dan padamkan semua kuki anda sebelum anda mengakses semula AO3. Arahan untuk menguruskan kuki berbeza mengikut jenis dan versi pelayar Internet tersebut. Anda boleh merujuk kepada arahan tersebut menggunakan pautan-pautan berikut:
- Firefox: Semak Penetapan Kuki dan Memadam Kuki
- Chrome: Memadamkan, menetapkan, dan menguruskan kuki di Chrome
- Internet Explorer: Padam dan uruskan kuki
- Edge: Padamkan Kuki
- Safari:
- Opera: Padam data penyemak imbas and Uruskan kuki di laman
Sudahkah anda mematikan pelanjutan pelayar Internet dan add-ons?
Kadangkala, pelanjutan pelayar Internet dan add-ons boleh mengganggu proses log masuk. Untuk memastikan penetapan pelayar Internet anda tidak menghalang anda daripada mengelog masuk, sila matikan perisian tambahan yang berkaitan dengan mengikuti pautan-pautan berikut.
- Firefox: Lumpuhkan atau alih keluar add-ons
- Chrome: Pasang dan urus pelanjutan pelayar Internet anda
- Internet Explorer: Uruskan add-ons di Internet Explorer
- Edge: Menambah, memindah, dan membuang pelanjutan pelayar Internet untuk Microsoft Edge
- Safari: Pasang dan urus pelanjutan pelayar Safari untuk Mac anda
- Opera: Pelanjutan pelayar Internet
Sudahkah anda mencuba untuk mengelog masuk menggunakan pelayar Internet atau peranti yang lain?
Jika anda berjaya untuk mengelog masuk ke dalam AO3 menggunakan kaedah alternatif, masalah yang anda mengalami berkemungkinan besar disebabkan oleh pelayar Internet atau peranti anda dan bukannya akaun anda. Sekiranya ini berlaku, kami menggalakkan anda untuk memaklumkannya kepada kami dengan menghubungi Bantuan, agar kami boleh melakukan siasatan lanjut. Sila sertakan maklumat tentang pelayar atau peranti yang anda telah gunakan, bersertakan dengan masalah yang dihadapi.
Adakah anda telah mencuba semua cara di atas dan masih tidak dapat mengelog masuk?
Jika anda telah mencuba kesemua cara di atas dan masih tidak dapat mengelog masuk, sila gunakan borang iniuntuk terus menghubungi Bantuan. Elakkan daripada berkongsi maklumat akaun anda di halaman ini kerana segala maklumatnya adalah terbuka kepada orang awam dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mengakses laman ini. Segala komen yang mengandungi apa jua maklumat akan dipadamkan.
Seperti biasa, sila sertakan seberapa banyak maklumat khusus tentang masalah anda, seperti mesej ralat yang diterima dan konfigurasi pelayar Internet/peranti anda, agar kami dapat mengesan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan efektif. Sertakan juga cara-cara di atas yang telah anda cuba agar kami boleh menolak kemungkinan isu-isu tersebut!