Post Header
Dalam beberapa hari yang akan datang, kami akan menambahkan pilihan baru yang membolehkan pencipta karya mematikan komen di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Pilihan ini akan diletakkan di bahagian untuk menerbit atau menyunting karya individu serta borang untuk mengemas kini beberapa karya sekaligus, dan kami telah melakukan beberapa penyusunan semula untuk menampung pilihan baru ini.
Apa yang berlaku jika komen dimatikan
Mematikan komen akan menggantikan borang komen di bahagian akhir karya anda dengan sebuah notis yang menyatakan "Sorry, this work doesn't allow comments" (Maaf, karya ini tidak membenarkan komen).
Sekiranya karya anda sudah mempunyai komen, semua komen tersebut tetap dapat diakses oleh anda dan sesiapa sahaja yang mengakses karya anda. Anda masih dapat membuang komen yang tidak diingini atau menandakan komen tetamu sebagai spam.
Pengguna yang meninggalkan komen ketika log masuk pada karya anda juga akan dapat memadamkan komen mereka
Cara untuk mematikan komen pada karya secara individu
Di bahagian "Privacy" (Peribadi) pada borang terbit dan sunting untuk setiap karya, anda akan menemui satu set pilihan dinamakan "Who can comment on this work" (Siapa yang boleh tinggalkan komen di karya ini). Ia akan mempunyai 3 pilihan:
- Registered users and guests can comment (Pengguna dan tetamu yang berdaftar boleh meninggalkan komen),
- Only registered users can comment (Hanya pengguna berdaftar boleh meninggalkan komen) (ini setara dengan pilihan lama untuk melumpuhkan komen tanpa nama),
- No one can comment (Tiada sesiapa boleh meninggalkan komen).
Ia ditetapkan sebagai "Registered users and guests can comment." secara lalai. Untuk mencegah pengguna meninggalkan komen di karya anda, pilih "No one can comment" dan simpan perubahan anda.
Cara untuk mematikan komen pada beberapa karya sekaligus
Jika anda hendak mengubah tetapan komen untuk beberapa karya, anda boleh guna laman Edit Multiple Works (Sunting Pelbagai Karya). (Sila rujuk kepada "Bagaimana saya hendak menyunting beberapa karya sekaligus?" untuk maklumat tentang cara mengakses laman ini dan cara memilih karya untuk disunting.)
Setelah anda memilih karya yang anda ingin sunting, sila cari bahagian "Settings" (Tetapan) yang terletak di borang. Terdapat beberapa set pilihan bernama " Who can comment on these works" (Siapa boleh meninggalkan komen di karya-karya ini), dan ia mempunyai empat pilihan:
- Keep current comment settings (Biarkan tetapan komen yang tersedia)
- Registered users and guests can comment
- Only registered users can comment (ini serupa dengan pilihan lama untuk lumpuhkan komen tanpa nama)
- No one can comment
Ia ditetapkan sebagai "Keep current comment settings."secara lalai. Untuk mencegah pengguna meninggalkan komen di karya anda, pilih "No one can comment" dan simpan perubahan anda.
Pilihan lain untuk mengawal komen pada karya anda
Sila layari FAQ Komen dan Kudos untuk maklumat lanjut tentang cara mengawal komen di karya anda, termasuklah: