Post Header
Dalam beberapa hari akan datang, kami akan melakukakn sedikit perubahan untuk cara gambar dipaparkan pada karya peminat. Untuk menjadikan Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) lebih mesra untuk skrin yang lebih kecil, kami akan mengemas kini paparan gambar lalai untuk memastikan gambar tersebut tidak melebihi kelebaran untuk lebar penuh skrin anda.
Perubahan ini akan berlaku untuk karya baru dan lama, dan dilakukan dengan menggunakan CSS. Ini bermakna ia hanya mempengaruhi bagaimana gambar dipaparkan di AO3 - fail gambar itu sendiri tidak diubah.
Sekiranya anda seorang artis dan anda ingin memudahkan orang lain untuk melihat karya seni anda dalam ukuran yang lebih besar, kami mengesyorkan anda meletakkan pautan ke gambar bersaiz penuh. FAQ kami menyatakan bagaimana cara membuat pautan dengan HTML, atau anda boleh menggunakan butang di Rich Text Editor kami.
Peminat seni yang ingin melihat gambar dalam saiz penuh, pelayar anda mungkin dapat membantu! Arahan akan berbeza bergantung pada peranti dan pelayar anda, tetapi secara umum, anda boleh klik kanan (atau setara dengan peranti anda) pada gambar untuk membuka menu, yang semestinya mempunyai pilihan untuk membuka gambar di tab lain atau menyalin laman web gambar tersebut, yang kemudian anda boleh lawati. Untuk arahan yang lebih terperinci, kami mengesyorkan anda ke enjin carian kegemaran anda dan mencari "buka gambar di tetingkap lain" dan nama dan juga versi pelayar, sistem operasi, atau peranti anda.