AO3 News

Post Header

Published:
2021-06-28 16:08:27 UTC
Original:
AO3 Statistics 2020: An Update
Tags:

Pada bulan Mei tahun lepas, kami telah menerbitkan sepintas lalu jumlah trafik di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita), yang meningkat dengan mendadak pada awal tahun (kemungkinan besar disebabkan oleh alasan berkaitan dengan pandemik). Kini, kami mempunyai jumlah bagi keseluruhan tahun tersebut dan kami boleh mengesahkan bahawa ya, memang benar ramai yang telah menggunakan banyak hasil karya peminat pada tahun 2020! Kami juga boleh menyediakan sebuah kemaskini ringkas mengenai jumlah trafik bagi suku pertama tahun 2021.

 

Trafik harian pada 2020

Carta menunjukkan trafik harian pada tahun 2020. Rekod terendah adalah sekitar 35 juta, manakala rekod tertinggi sekitar 58 juta.

Imej: Carta trafik AO3 dalam jutaan view laman seharian, bagi setiap bulan tahun 2020. Trafik memuncak secara konsisten pada hari Ahad, mewujudkan garisan bulanan yang berbukit dan berlembah. Untuk bulan Januari hingga Mac, garisan berkumpulan antara 35 hingga 40 juta view laman; bulan-bulan lain berkumpulan jelas mengatasi jumlah itu, antara 45 hingga 55 juta, dengan puncak-puncak hari Ahad bulan Disember hampir mencapai 60 juta.

Trafik pada bulan Mac, diwakili oleh garisan hijau dalam rajah di atas, mula meningkat dengan mendadak pada pertengahan bulan. Enam bulan yang berikutan itu dicirikan dengan trafik yang lebih tinggi secara keseluruhan, dan perbezaan antara hari kerja dan hujung minggu kurang berketaraan.

Jumlah paling rendah dalam catatan adalah 31.3 juta view laman pada hari Isnin, 13 haribulan Januari, dengan jumlah pada kebiasaan hari Ahad ketika itu mencapai sekitar 43 juta. Dari bulan April hingga September, jumlah view laman berkisar antara lebih kurang 45 juta hingga 51 juta.

Hanya pada akhir bulan Oktober, trafik mula meningkat melebihi norma baharu, dengan rangkaian rekod tertinggi pada bulan November, yang ditunjukkan dengan warna oren. Bulan Disember, ditunjukkan dengan warna merah, selalunya merupakan bulan paling sibuk bagi AO3, dan 2020 tidak terkecuali. Yang paling ketara adalah kemerosotan drastik pada 24 dan 31 haribulan Disember, dengan jumlah view laman jelas membentuk gunung antara hari-hari cuti tersebut. Rekod bagi tahun 2020 telah dicapai pada hari Ahad, 27 haribulan Disember, dengan 61.1 juta view laman.

📈 Data mentah boleh dijumpai di dalam hamparan ini: Trafik Harian AO3 pada tahun 2020 (Google Sheets, dalam Bahasa Inggeris)

 

Aktiviti laman pada tahun 2020

Carta menunjukkan jumlah komen baharu bagi setiap bulan serta trafik bulanan tahun 2020.

Imej:Carta garisan menunjukkan jumlah komen yang ditinggalkan dan jumlah view laman yang dicatatkan bagi setiap bulan pada tahun 2020. Komen, ditunjukkan dalam warna hitam, bermula daripada kira-kira 2.15 juta pada bulan Januari dan berakhir dengan kira-kira 3.5 juta pada bulan Disember. Trafik, ditunjukkan dengan warna merah, bermula pada 1.2 bilion view laman dan berakhir pada 1.7 bilion. Kedua-duanya menunjukkan arah aliran meningkat, dengan corak bersama di mana terdapat sedikit penurunan pada bulan Jun dan September, yang meningkat semula secara mendadak pada bulan Disember.

Ketika trafik laman mula meningkat pada bulan Mac tahun lepas, begitu juga aktiviti pengguna yang diukur berdasarkan karya, bab, penanda laman, komen dan kudos baharu yang dihasilkan setiap bulan. Para pengguna menyiarkan kira-kira 2.3 juta komen pada bulan Mac, sekitar 150,000 lebih berbanding bulan Januari. Pada bulan April, jumlah ini meningkat kepada 2.9 juta.

(Mengikut aliran yang serupa, para pengguna menekan butang kudos sebanyak sekitar 17.3 juta kali pada bulan Mac, berbanding 16.9 juta pada bulan Januari. Pada bulan April: 20.4 juta.)

📈 Data mentah boleh dijumpai di dalam hamparan ini: Aktiviti Bulanan AO3 pada tahun 2020 (Google Sheets, dalam Bahasa Inggeris)

 

Trafik lantas tahun

Carta menunjukkan trafik mingguan tahun demi tahun. Sekitar 17 juta pada pertengahan tahun 2012, 130 juta pada pertengahan tahun 2016, 270 juta pada awal tahun 2020, dan lebih daripada 400 juta pada penghujung tahun 2020.

Imej: Carta menunjukkan pertumbuhan trafik AO3 antara pertengahan tahun 2012 hingga hujung tahun 2020, diukur berdasarkan jumlah view laman mingguan. Setiap minggu diwakili dengan titik, maka setiap tahun menjadi garis titik berkelok-kelok. Aliran trafik meningkat pada setiap tahun, dengan corak yang berulang. Sebagai contoh, bulan September selalunya bulan yang bergerak perlahan, dengan penurunan yang ketara. Kebanyakan garisan agak rapat antara satu sama lain, menunjukkan pertumbuhan trafik yang stabil lantas tahun, dengan jurang yang jauh lebih luas antara tahun 2019 dan sebahagian besar tahun 2020. Titik terendah: 15.8 juta pada minggu terakhir bulan Jun, 2012. Titik tertinggi: 419 juta pada minggu terakhir bulan Disember, 2020.

Sekali lagi, tahun 2020 menonjol dengan lonjakan besar pada pertengahan bulan Mac, ketika sekatan pergerakan mula dilaksanakan di seluruh dunia dan/atau orang mula menjalankan pengasingan kendiri. Trafik meningkat daripada kira-kira 270 juta view laman seminggu pada bulan Januari dan Februari kepada 330 juta pada awal bulan April, dan 340 juta pada bulan Mei. Pada waktu yang sama pada tahun 2019, trafik berlegar sekitar 230 juta view laman seminggu.

Trafik melandai di bawah paras 350 juta sehingga lewat bulan Oktober, mengikut corak yang lebih konsisten dengan tahun-tahun lalu, dan kemudian mula meningkat kembali menjelang penghujung tahun. Minggu pertama bulan Januari, selalunya termasuk hujung bulan Disember, adalah waktu biasanya rekod tertinggi baharu dicapai.

Sebagai perbandingan, berikut adalah paparan view laman (dalam juta) untuk minggu berakhir pada:

  • Jan 06, 2013: 27.6
  • Jan 05, 2014: 49.5
  • Jan 04, 2015: 84.6
  • Jan 10, 2016: 114
  • Jan 08, 2017: 158
  • Jan 07, 2018: 189
  • Jan 06, 2019: 219
  • Jan 05, 2020: 281
  • Jan 10, 2021: 414

📈 Data mentah boleh dijumpai di dalam hamparan ini: Trafik Mingguan AO3 pada tahun 2020 (Google Sheets, dalam Bahasa Inggeris)

 

Trafik harian pada tahun 2021

Carta menunjukkan trafik harian bagi suku pertama tahun 2021. Rekod terendah adalah sekitar 58 juta, manakala rekod tertinggi sekitar 66 juta.

Imej: Carta trafik AO3 dalam jutaan view laman setiap hari, untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2021. Trafik memuncak secara konsisten pada hari Ahad, mewujudkan garisan bulanan yang berbukit dan berlembah. Pada bulan Januari, view laman harian berkisar antara kira-kira 58 juta dan 64 juta. Trafik pada bulan Februari dan Mac lebih tinggi (antara 60 dan 66 juta), dan kedua-dua bulan tersebut mengikut corak yang sama, iaitu penurunan trafik dari hari Isnin hingga Jumaat dan peningkatan mendadak pada hujung minggu, dengan angka jumlah yang hampir serupa. Rekod baharu dicapai pada hari Ahad, 28 haribulan Mac, dengan 68.6 juta view laman.

Penggunaan laman kekal tinggi pada tahun 2021, tetapi pada masa ini telah stabil di bawah 70 juta view laman pada hari-hari kemuncak. Walaupun trafik tidak lagi berkembang dengan pesat, tahun 2021 tetap berbangkit sebagai tahun pecahnya rekod!

Kami berterima kasih kepada semua yang menggunakan AO3 untuk berkongsi dan menikmati karya peminat; para penderma yang, dengan sumbangan yang diberi, telah membiayai pelayan berkuasa tinggi yang mengendalikan trafik tersebut dengan lancar; dan semua sukarelawan yang memastikan laman web ini berjalan dengan lancar. Kami menantikan apa yang kelak dibawa selebihnya tahun ini!

📈 Data mentah boleh dijumpai di dalam hamparan ini: Trafik Harian AO3 pada Q1 (sukuan pertama) 2021 (Google Sheets, dalam Bahasa Inggeris)