Post Header
Dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan lebih banyak alatan untuk membantu anda mengatur pengalaman anda di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), kami melancarkan antara muka baharu untuk membolehkan anda menyembunyikan kandungan daripada pengguna tertentu.
Menyekat dan Membisukan: Mengimbas Kembali
Kami akan mengimplementasikan dua set ciri untuk membantu pengguna mengatur pengalaman mereka dan menambah lapisan perlindungan terhadap gangguan, tanpa menyukarkan orang ramai untuk mencipta dan berinteraksi dengan kandungan di AO3:
- Menyekat, yang akan menghalang pengguna tertentu daripada berinteraksi dengan anda.
- Membisukan, yang akan mengecualikan kandungan pengguna tertentu daripada pengalaman AO3 anda.
Oleh sebab pelaksanaan konsep ini pada kesemua ciri AO3 yang banyak dan sering saling berkait secara serentak merupakan satu usaha yang besar, kami sedang mengambil pendekatan beransur-ansur yang akan membolehkan anda menyekat dan membisukan pengguna di sesetengah bahagian sementara kami terus mengusahakan bahagian yang lain.
Anda sudah mempunyai keupayaan untuk menyekat pengguna tertentu daripada meninggalkan komen pada karya anda atau membalas komen anda; kini anda juga akan dapat menyembunyikan karya, penanda halaman dan komen pengguna daripada paparan.
.
Apakah fungsi membisukan?
Walaupun kami merancang untuk melanjutkan fungsi ini dalam pengemaskinian akan datang, buat masa sekarang, anda akan dapat menyembunyikan item-item berikut jika anda membisukan seseorang pengguna:
- karya yang telah mereka cipta (atau cipta bersama) dalam hasil carian dan senarai tag (anda masih boleh mengakses karya-karya ini menggunakan pautan langsung)
- penanda halaman yang telah mereka cipta
- penanda halaman pengguna lain pada karya atau siri mereka
- komen yang mereka tinggalkan
Kami melaksanakan hal ini dengan menjana sedikit CSS secara automatik. CSS ini akan mengalih kandungan yang berkaitan keluar dari paparan dan menyembunyikannya daripada teknologi bantuan, seperti pembaca skrin. Walaupun anda sudah boleh melakukan perkara ini menggunakan skin halaman tersuai, ciri baharu ini hanya akan meminta nama pengguna dan menjalankan yang selebihnya.
Memandangkan perkara ini masih dilakukan menggunakan skin, sila ambil perhatian bahawa nombor pada bahagian atas hasil carian atau dalam penapis tag (yang disediakan oleh enjin carian kami) mungkin akan berbeza dengan bilangan karya atau penanda halaman yang ditunjukkan kepada anda. Kami juga tidak menggantikan kandungan pengguna yang dibisukan dengan ruang kosong, teks pemegang tempat atau sebarang petunjuk lain bahawa sesuatu telah disembunyikan.
c
Bagaimanakah cara untuk membisukan pengguna?
Butang "Mute" (Bisukan) akan ditambahkan pada papan-papan pemuka pengguna dan nama samaran serta profil-profil pengguna. Butang ini akan berubah menjadi butang "Unmute" (Nyahbisukan) apabila diaktifkan, maka anda boleh mengembalikan semula pilihan anda dengan mudah.
Kami juga menyediakan antara muka untuk mengurus pengguna-pengguna yang telah anda bisukan: halaman Muted Users (Pengguna Dibisukan). Halaman ini membolehkan anda menambah atau mengalih keluar pengguna daripada senarai anda. Pengguna yang telah dibisukan akan kekal dibisukan walaupun mereka mengubah nama.
Daripada halaman ini juga anda boleh mengakses senarai pengguna yang anda telah sekat dengan mudah, untuk anda kendalikan secara berasingan.
Pilihan lain
Di samping ciri menyekat dan membisukan kami, terdapat pelbagai cara sedia ada untuk mengatur pengalaman AO3 anda, termasuk pilihan terbina dalam dan alatan pihak ketiga. Anda juga boleh menggunakan skin laman untuk membisukan karya, penanda halaman atau siri tertentu.