AO3 News

Post Header

Published:
2024-05-17 22:08:20 UTC
Original:
Unit B, Twisted Sisterhood & Oz Magi are Moving to the AO3
Tags:

HBO Oz archives banner

Unit B, Twisted Sisterhood, and Oz Magi, arkib-arkib Oz daripada HBO, akan diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam artikel ini:

Penjelasan Latar Belakang

Arkib-arkib ini diimport ke AO3 atas sebab umur mereka. Sesetengah isi kandungan dihos di Yahoo! Groups, yang sudah tidak berfungsi lagi. Kandungan lain dihos menggunakan perisian yang sudah luput tarikh dan boleh rosak pada bila-bila masa, dan tiada sesiapa boleh membaikinya. Koleksi pertukaran hadiah Oz Magi sudah berpindah ke AO3, dan kami akan mengimport karya-karya sebelum ini yang diterbit di tempat lain. Kami ingin memastikan fiksyen Oz ini sentiasa boleh diakses oleh semua yang ingin membacanya!

Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para penyelaras arkib-arkib untuk menggabungkan hasil karya-karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para penyelaras untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para penyelaras kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Ia amat penting bagi Open Doors di mana kami bekerjasama dengan para penyelaras yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan kami memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka, dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil karya-karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan Trillingstar untuk mengimport Unit B (termasuk Cellblock 5), Twisted Sisterhood (termasuk TSXF), dan Oz Magi ke koleksi-koleksi berasingan, yang boleh dicari di AO3. Sebagai sebahagian daripada pemeliharaan arkib secara keseluruhan, semua hasil seni dan hasil video peminat pada masa ini dalam arkib-arkib ini akan dihoskan di pelayan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dibenamkan dalam laman karya AO3 mereka sendiri.

Kami akan mula mengimport karya-karya daripada arkib Oz ini ke AO3 selepas bulan Mei. Walau bagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut pada koleksi buat sementara waktu.

Apakah maksudnya untuk para pereka yang mempunyai/telah mempunyai karya-karya di arkib-arkib ini?

Kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan akan mengandungi nama mereka bagi pihak pereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.

Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan sahaja oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh tetapkan karya-karya tersebut untuk boleh dilihat secara terbuka jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan sebagai tatapan umum. Walau bagaimanapun, karya Twisted Sisterhood akan kekal terhad kepada pengguna AO3 yang telah log masuk. Selepas pengimportan selesai, kami kemudiannya akan menutup laman Twisted Sisterhood dan Unit B secara kekal.

Sila hubungi Open Doors menggunakan nama samaran Unit B, Twisted Sisterhood (TSXF), dan Oz Magi anda dan alamat e-mel, sekiranya:

  1. Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib-arkib asal
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
  4. Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3, atau TIDAK mahu karya-karya anda ditambah ke koleksi arkib.
  5. Anda berbesar hati untuk kami mengekalkan karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengalih keluar nama anda.
  6. Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.

Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun [arkib] anda, sila hubungi Open Doors dan kami akan membantu anda. (Sekiranya anda telah menerbitkan karya-karya berkenaan ke tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa karya-karya tersebut adalah milik anda, itu sangatlah bagus; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan para penyelaras arkib untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan-arahan mengenai

Sekiranya anda masih mempunyai soalan...

Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah Unit B, Twisted Sisterhood & TSXF, and Magi Oz di Fanlore. Sekiranya anda baharu dalam menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baru, atau tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.

Kami teruja kerana dapat membantu mengekal arkib-arkib Oz ini!

- Pasukan Open Doors dan Trillingstar


Komen yang ditinggalkan pada artikel ini akan dinyahaktifkan dalam masa 14 hari. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai import selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.