Post Header
Sentinel Angst, arkib hasil fiksyen peminat The Sentinel, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Dalam artikel ini:
- Sedikit penjelasan latar belakang
- Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya(-karya) di Sentinel Angst
- Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda masih mempunyai soalan
Penjelasan Latar Belakang
Kumpulan Yahoo Sentinel Angst ialah penulis Gen sahaja yang aktif dari 1999–2019. Untuk mengekalkan sebahagian daripada sejarah fandom ini, kami sedang mengimport cerita yang ditulis untuk kumpulan ini ke AO3.
Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para penyelaras arkib-arkib untuk menggabungkan hasil karya-karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para penyelaras untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para penyelaras kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Perkara yang amat penting bagi Open Doors adalah bahawa kami bekerjasama dengan para penyelaras yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan bahawa kami memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka, serta memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil karya-karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan Lady Shelley, Lyn Townsend, dan Annie Booker untuk mengimport Sentinel Angst ke koleksi berasingan yang boleh dicari di AO3.
Kami akan mula mengimport karya-karya daripada Sentinel Angst ke AO3 paling awalnya pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, pengimportan mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut kepada koleksi buat sementara waktu.
Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya(-karya) di Sentinel Angst?
Oleh sebab para penerbit karya di Sentinel Angst mengharapkan privasi, karya individu hanya akan diimport selepas mendapat persetujuan yang jelas daripada pereka masing-masing. Para penyelaras telah berusaha secara aktif dalam menghubungi semua pereka untuk mendapatkan kebenaran untuk menerbitkan karya. Karya-karya yang mana kami tidak mendapatkan persetujuan yang jelas untuk diimport tidak akan disimpan ke koleksi Sentinel Angst di AO3.
Bagi karya-karya yang mempunyai kebenaran untuk diarkib, kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak seseorang pereka akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya, melainkan kami diminta untuk meyatimkan karya tersebut atau menerbitkan karya tersebut tanpa nama.
Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan hanya oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh tetapkan karya-karya tersebut agar boleh dilihat secara terbuka jika anda mahu.
Sila hubungi Open Doors menggunakan nama(-nama) samaran Sentinel Angst dan alamat(-alamat) e-mel anda jika kami masih belum menghubungi anda tetapi:
- Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, dan anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal.
- Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
- Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
- Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3.
- Anda berbesar hati untuk membenarkan kami memelihara karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengecualikan nama anda.
- Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.
Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun Sentinel Angst anda, sila hubungi Open Doors dan kami akan membantu anda. (Bagus sekiranya anda telah menerbitkan karya-karya berkenaan ke tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa karya-karya tersebut adalah milik anda; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan para penyelaras Sentinel Angst untuk mengesahkan tuntutan anda.)
Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan mengenai
- mengimport karya-karya anda ke AO3
- menambah karya-karya anda ke koleksi baharu Sentinel Angst
Sekiranya anda masih mempunyai soalan...
Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.
Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah Sentinel Angst di Fanlore. Sekiranya anda tidak biasa menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baharu, atau tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.
Kami teruja untuk membantu memelihara Sentinel Angst!
- Pasukan Open Doors dan penyelaras-penyelaras Sentinel Angst
Komen yang ditinggalkan pada artikel ini akan dinyahdayakan dalam masa 14 hari. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai import selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.