Archive FAQ > Koleksi

Apakah itu koleksi?

Koleksi ialah hasil-hasil karya dan/atau penanda laman yang dikumpulkan di bawah satu tema yang sama. Sebagai contoh, ia mungkin mengandungi semua karya yang telah dicipta untuk sebuah cabaran, semua karya yang anda terbitkan pada tahun tertentu, atau semua cadangan yang telah anda tandakan untuk sebarang hubungan, watak atau fandom tertentu. Anda juga boleh memautkan koleksi yang berkaitan bersama dengan mengumpulkannya di bawah sebuah koleksi induk; rujuk kepada Bagaimanakah cara membuat koleksi kecil? untuk arahan.

Prompt Memes dan Pertukaran Hadiah dihoskan dalam koleksi. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentangnya di FAQ Prompt Meme dan Pertukaran Hadiah.

Untuk arahan langkah demi langkah cara mencipta koleksi, rujuk kepada Tutorial Membuat Koleksi kami.

Bagaimanakah cara mencari koleksi?

Untuk mencari senarai semua koleksi, pilih "Browse" (Layari) dan kemudian "Collections" (Koleksi) pada menu di bahagian atas laman dalam skin laman asal (di bawah logo laman). Anda kemudian boleh mengehadkan senarai tersebut menggunakan bidang dalam borang "Sort and Filter" (Asing dan Tapis) yang boleh dijumpai di bahagian kanan laman dalam skin laman asal atau dengan memilih butang "Filters" (Penapis) dalam versi mudah alih. Terdapat juga butang "Open Challenges" (Cabaran Terbuka) di bahagian kanan atas pada versi desktop (atau dibawah Koleksi pada pengepala laman dalam versi mudah alih) yang membolehkan anda melayari Prompt Memes dan Pertukaran Hadiah yang terbuka.

Jika anda ingin mencari koleksi tertentu, termasuk koleksi yang anda miliki atau selaraskan, rujuk kepada Bagaimanakah cara mencari koleksi tertentu?

Bagaimanakah cara mencari hasil karya saya yang telah ditambahkan kepada sebuah koleksi?

Anda boleh mencari semua karya anda yang terdapat dalam koleksi pada laman "Collected Works" (Karya Terkumpul) anda. Jika anda telah log masuk, laman ini akan memaparkan hasil karya anda yang belum dipamerkan dan/atau tanpa nama, tetapi ia tidak akan mempamerkannya kepada pengguna lain. Untuk mengakses laman ini:

  1. Apabila anda log masuk, pilih "My Works" (Karya Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman.
  2. Pilih butang "Works in Collections" (Karya dalam Koleksi) di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "1-20 of # Works by (1-20 daripada # Karya oleh) [nama pengguna]" dalam versi mudah alih).

Untuk mencari semua karya anda yang telah ditambah atau diundang kepada koleksi, termasuk yang belum anda luluskan atau yang telah anda tolak:

  1. Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" (Koleksi(#)) daripada menu yang terdapat di sisi laman atau di atas laman pada peranti mudah alih.
  3. Daripada laman Collections (Koleksi) anda, pilih butang "Manage Collected Works" (Urus Karya Terkumpul) di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "Koleksi [nama pengguna]" dalam versi mudah alih).
    • Mana-mana karya yang telah diundang untuk menyertai sebuah koleksi tetapi masih belum diluluskan akan disenaraikan di laman "Awaiting Approval" (Menunggu Kelulusan).
    • Untuk mencari karya yang telah ditambah ke sebuah koleksi, pilih butang "Approved" (Diluluskan). Ini akan menyenaraikan karya-karya atau penanda laman dalam mana-mana koleksi, termasuk koleksi yang belum dipamerkan dan/atau koleksi tanpa nama.
    • Untuk mencari karya yang telah anda tolak daripada koleksi, pilih butang "Rejected" (Ditolak). Untuk maklumat lanjut tentang karya yang telah ditolak, rujuk kepada Apakah perbezaan antara ditolak dan dikeluarkan?

Untuk maklumat tentang cara mengeluarkan atau menolak karya daripada koleksi, rujuk kepada:

Bagaimanakah cara mencari penanda laman yang telah ditambahkan kepada sebuah koleksi?

Untuk mencari penanda laman anda yang telah ditambahkan kepada sebuah koleksi:

  1. Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) daripada menu di sisi laman atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
  3. Daripada laman Collections (Koleksi) anda, pilih butang "Manage Collected Works" (Urus Karya Terkumpul) di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "Koleksi [nama pengguna]" dalam versi mudah alih).
    • Untuk mencari penanda laman dan karya yang telah ditambahkan kepada sebuah koleksi, pilih butang "Approved" (Diluluskan).
    • Untuk mencari penanda laman dan karya yang telah anda tolak daripada koleksi, pilih butang "Rejected" (Ditolak). Untuk maklumat lanjut tentang karya yang telah ditolak, rujuk kepada Apakah perbezaan antara ditolak dan dikeluarkan?

Anda juga boleh melihat semua penanda laman anda yang telah ditambahkan kepada koleksi, diselangi dengan penanda laman yang lain dengan melayari ke laman penanda laman anda. Untuk arahan mencari laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara mengakses penanda laman saya?

Bagaimanakah cara mencari koleksi tertentu?

Jika anda ingin mengakses koleksi yang anda miliki atau selaraskan:

  1. Log masuk dan pilih "My Collections" (Koleksi Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Anda akan dapat melihat senarai semua koleksi yang anda miliki atau selaraskan, termasuk sebarang cabaran dan koleksi kecil.
    • Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih Collections (#) (Koleksi (#)) daripada menu di sisi laman atau di bahagian atas dalam peranti mudah alih.
  2. Pilih koleksi yang anda ingin mengakses daripada senarai tersebut.

Jika anda ingin mengakses koleksi yang anda bukan pemilik atau penyelarasnya:

  1. Pilih "Browse" (Layari) dan kemudian "Collections" (Koleksi) pada menu di bahagian atas laman dalam skin laman asal (di bawah logo laman).
  2. Gunakan borang "Sort and Filter" (Asing dan Tapis) untuk mencari koleksi atau cabaran tertentu. Anda boleh mendapatkan borang ini di sebelah kanan skrin dalam skin asal, atau dengan memilih butang "Filters" (Penapis) pada peranti mudah alih.

Anda juga boleh mencari dan melayari cabaran secara khusus. Rujuk kepada Di manakah boleh saya mencari Pertukaran Hadiah? atau Di manakah boleh saya mencari Prompt Memes? untuk maklumat lanjut.

Jika sesebuah karya adalah sebahagian daripada sebuah koleksi, pautan kepada koleksinya akan berada di bahagian blurb karya tersebut.

Bagaimanakah cara melayari dalam sebuah koleksi?

Papan pemuka sesebuah koleksi mengandungi maksimum lima karya dan lima penanda laman. Untuk menyemak karya atau penanda laman lain dalam koleksi tersebut, pilih "Works (#)" (Karya (#)) atau "Bookmarked Items (#)" (Item Ditanda (#)) daripada menu di sisi laman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Setiap laman ini mengandungi maksimum 20 item dan anda boleh menggunakan butang navigasi laman di bahagian atas atau bawah untuk mencari lebih banyak lagi.

Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Ditutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama?

Open (Terbuka)
Koleksi ini terbuka untuk kandungan baharu. Karya atau penanda laman boleh ditambah kepada koleksi ini oleh sesiapa sahaja.
Closed (Ditutup)
Koleksi ini tidak lagi menerima kandungan baharu. Tiada sebarang karya atau penanda laman boleh ditambah kecuali oleh pemilik atau penyelaras koleksi ini.
Moderated (Diselaras)
Hanya ahli koleksi boleh menambah karya atau penanda laman secara bebas tanpa kelulusan pemilik atau penyelaras. Mana-mana pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) yang lain masih boleh menghantarkan karya atau penanda laman, tetapi pemilik atau penyelaras perlu meluluskannya sebelum ia muncul dalam koleksi.
Unmoderated (Tidak Diselaras)
Kandungan yang dihantar kepada koleksi ini diluluskan secara automatik untuk penambahan.
Unrevealed (Belum Dipamerkan)
Semua karya yang ditambahkan kepada koleksi dengan tetapan ini disembunyikan daripada semua pengguna kecuali pereka, pemilik dan penyelaras koleksi, dan admin laman AO3. Ia sering digunakan untuk Pertukaran Hadiah di mana karya hadiah hanya tersedia pada tarikh tertentu, seperti Pertukaran Hadiah Sempena Percutian. Harap maklum bahawa karya yang ditambahkan kepada koleksi yang belum dipamerkan akan disembunyikan sehingga koleksi tersebut dipamerkan dan akan dipaparkan di seluruh AO3 dengan tajuk "Mystery Work" (Karya Misteri) dan perihalan "This is part of an ongoing challenge and will be revealed soon!" (Ini adalah sebahagian daripada sebuah cabaran yang sedang berlangsung dan akan didedahkan tidak lama lagi!).
Anonymous (Tanpa Nama)
Semua pereka karya yang ditambahkan kepada koleksi dengan tetapan ini akan disembunyikan daripada semua pengguna kecuali pereka, pemilik dan penyelaras koleksi tersebut, dan pentadbir laman AO3. Harap maklum bahawa menambah karya kepada koleksi tanpa nama bermaksud pseuds anda akan disembunyikan sehingga koleksi tersebut mempamerkan para pereka, dan akan dipaparkan ke seluruh AO3 dengan sebaris "by Anonymous" (oleh Tanpa Nama). Untuk maklumat tentang mencari karya-karya tanpa nama anda, rujuk kepada Bagaimanakah cara mencari karya saya yang telah ditambahkan kepada sebuah koleksi?

Jika tetapan ini diubah, tetapan baharu akan digunakan kepada karya yang ditambahkan kepada koleksi selepas perubahan tersebut. Pilihan "belum dipamerkan" dan "tanpa nama" tidak mempunyai sebarang kesan ke atas karya yang ditanda laman dalam koleksi tersebut.

Harap maklum bahawa koleksi tanpa nama dan belum dipamerkan tidak boleh menawarkan ketanpanamaan yang selamat. Pemilik dan penyelaras koleksi boleh mengubah status karya dalam koleksi tanpa nama dan belum dipamerkan pada bila-bila masa. Jika karya dialih keluar daripada koleksi tanpa nama atau belum dipamerkan oleh pemilik, penyelaras atau pereka karya tersebut, ia juga akan kehilangan status tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk kepada Bagaimanakah cara saya mempamerkan karya atau menghilangkan status tanpa nama karya-karya dalam koleksi yang saya miliki? atau Bagaimanakah cara untuk saya mengalih keluar karya atau penanda laman daripada koleksi?

Bagaimanakah cara membuat sebuah koleksi?

Untuk membuat koleksi:

  1. Setelah anda log masuk, pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) daripada menu di sisi laman atau di bahagian atas peranti mudah alih.
  3. Pilih butang "New Collection" (Koleksi Baharu) di bahagian kanan atas pada versi desktop (atau di bawah pengepala Koleksi [nama pengguna] pada versi mudah alih).
  4. Isi borang tersebut dengan semua maklumat koleksi anda
  5. Pilih butang "Submit" (Hantar).

Anda juga boleh membuat koleksi kecil dalam koleksi yang anda miliki. Rujuk kepada Bagaimanakah cara membuat koleksi kecil? untuk maklumat lanjut.

Sila berhati-hati ketika memilih untuk menjadikan koleksi anda Tanpa Nama atau Belum Dipamerkan dan hanya gunakan tetapan ini jika ia bertepatan dengan tujuan koleksi anda. Tetapan tanpa nama atau belum dipamerkan akan memberi kesan kepada karya yang ditambahkan kepada koleksi tersebut di seluruh laman Archive of our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) dan bukan hanya dalam koleksi tersebut sahaja. Rujuk kepada Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Ditutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lengkap mengenai semua pilihan ini dan kesannya.

Bagaimanakah cara mengedit koleksi?

Untuk mengedit koleksi, pergi ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi) anda. Jika anda kurang pasti cara ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Tetapan Koleksi? Dari situ, anda boleh mengubah semua butiran yang telah anda tetapkan ketika membuat koleksi.

Harap maklum walaupun anda boleh menukar nama koleksi pada bila-bila masa, pautan sedia ada ke koleksi tidak akan berfungsi lagi jika anda mengubahnya, kerana nama tersebut adalah sebahagian daripada URL.

Untuk maklumat lanjut tentang setiap pilihan yang tersedia dalam Tetapan Koleksi anda, rujuk kepada Tutorial: Membuat Koleksi.

Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi)?

Untuk ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi) anda:

  1. Log masuk dan pilih "My Collections" (Koleksi Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (di bahagian atas laman jika anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih koleksi daripada senarai yang disediakan untuk pergi ke papan pemuka koleksi tersebut.
  3. Pilih "Collection Settings" (Tetapan Koleksi) daripada menu yang berada di sisi laman, atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.

Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman "Challenge Settings" (Tetapan Cabaran)?

Untuk ke laman "Challenge Settings" (Tetapan Cabaran) anda:

  1. Log masuk dan pilih "My Collections" (Koleksi Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (di bahagian atas laman jika anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih challenge (cabaran) daripada senarai yang disediakan.
  3. Pilih "Challenge Settings" (Tetapan Cabaran) daripada menu yang berada di sisi laman, atau di bahagian atas pada mudah alih.

Bagaimanakah cara menambah imej kepada koleksi saya?

Anda boleh menambah dua jenis imej daripada laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi): pengepala dan ikon.

Imej pengepala akan dipaparkan di bahagian atas laman koleksi anda, seperti sebuah sepanduk. Imej tersebut boleh menggunakan format gif, jpg, jpeg atau png, tetapi tidak boleh dihoskan di laman Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Oleh itu, untuk meletakkan pengepala kepada koleksi anda, anda perlu menghoskannya di laman perkongsian imej yang lain dahulu. Untuk menambah pengepala, tampal URL imej tersebut di bidang "Custom header URL" (URL pengepala tersuai). URL mesti berakhir dengan sambungan jenis fail .jpg, .jpeg, .png, atau .gif. Imej akan dipaparkan seadanya; ia akan terpotong sekiranya saiz skrin lebih kecil daripada imej dan akan berulang sekiranya ruang yang tersedia lebih besar daripada imej tersebut.

Ikon adalah imej 100 kali 100 piksel yang membantu menggambarkan koleksi anda secara visual di AO3. Ikon ini muncul di laman koleksi anda di bawah imej pengepala dan sebelah blurb koleksi anda apabila pengguna sedang melayari koleksi. Anda boleh memuat naik imej yang lebih besar atau lebih kecil, tetapi saiznya akan disaiz semula kepada 100 kali 100 piksel, dan imej yang bukan berbentuk segi empat sama akan terganggu. Imej mesti dalam format jpg, jpeg, png, atau gif.

Untuk menambah ikon, pilih butang di sebelah atau di bawah tajuk "Upload a new icon" (Muat naik ikon baharu). Nama butang ini akan bergantung pada pelayar anda; contohnya, "Browse" (Layari) atau "Find file" (Cari fail). Cari ikon yang anda inginkan kepada peranti anda dan pilihnya. Harap maklum bahawa imej tersebut mesti berada pada peranti anda; anda tidak boleh memuat naik atau memaut kepada ikon yang dihos di tempat lain.

Ikon koleksi juga mesti mematuhi Syarat-syarat Perkhidmatan dasar Ikon Pengguna, yang boleh anda ketahui dengan lebih lanjut di FAQ Syarat-syarat Perkhidmatan.

Anda juga boleh menambah teks alt untuk ikon anda. Tujuan teks alt adalah untuk menyediakan alternatif teks untuk imej tersebut. Ia menjelaskan kandungan imej tersebut jika ia tidak dipaparkan, atau untuk pengguna teknologi bantu. Teks alt ikon terhad kepada 250 aksara. Jangan gunakan teks alt untuk memberi penghargaan kepada pencipta imej, kerana pengguna akan melihat teks alt atau ikon, tapi bukan kedua-duanya.

Perubahan ini tidak akan digunakan sehingga anda memilih "Submit" (Hantar) (apabila membuat koleksi baharu) atau "Update" (Kemas kini) (ketika mengedit koleksi sedia ada). Butang ini berada di bahagian bawah laman tersebut.

Bolehkah saya mencipta sebuah koleksi untuk koleksi?

Anda boleh mencipta satu tahap koleksi kecil dalam koleksi milik anda, tetapi anda tidak boleh membuat koleksi kecil untuk koleksi kecil. Maksudnya, anda boleh mencipta rangkaian koleksi seperti ini:

  • Ace Attorney Holiday Fics
    • Original Trilogy Timeline - Valentine's
    • Original Trilogy Timeline - Christmas
    • Second Trilogy Timeline - Valentine's
    • Second Trilogy Timeline - Christmas

Anda tidak boleh mencipta rangkaian koleksi seperti ini:

  • Ace Attorney Holiday Fics
    • Original Trilogy Timeline Holiday Fics
      • Original Trilogy Valentine's
      • Original Trilogy Christmas
    • Second Trilogy Timeline Holiday Fics
      • Second Trilogy Valentine's
      • Second Trilogy Christmas

Rujuk kepada Bagaimanakah cara membuat koleksi kecil? untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara membuat koleksi kecil?

  1. Setelah anda log masuk, pilih "Browse" (Layari) dan kemudian "Collections" (Koleksi) di bahagian atas laman (di bawah logo laman).
  2. Pilih butang "New Collection" (Koleksi Baharu) berhampiran bahagian atas laman.
  3. Isi borang dengan semua butiran koleksi anda dan masukkan nama koleksi induk di bidang "Parent collection (that you maintain)" (Koleksi induk (yang anda uruskan)).
  4. Pilih butang "Submit" (Hantar).

Harap maklum bahawa anda mestilah pemilik atau penyelaras koleksi induk untuk membuat koleksi kecil. Semua pemilik dan penyelaras koleksi induk akan ditambah sebagai pemilik dan penyelaras koleksi kecil.

Jika anda membiarkan bidang Pengenalan, FAQ, dan Peraturan kosong semasa membuat koleksi kecil, ia akan mewarisi maklumat daripada koleksi induk. Jika anda tidak mahu ini berlaku, isikan maklumat lain ke dalam bidang-bidang ini, atau masukkan ruang tidak putus ( ) untuk membiarkan bidang ini kosong.

Koleksi induk dipautkan dalam menu di papan pemuka koleksi.

Siapakah yang boleh menambah sebuah karya kepada koleksi?

Keupayaan anda untuk menambah karya kepada sebuah koleksi bergantung kepada pemilik karya, pemilik koleksi dan tetapan koleksi tersebut. Anda sentiasa boleh menambah karya anda sendiri kepada koleksi anda, tetapi anda tidak boleh mengundang karya orang lain ke koleksi yang anda tidak miliki atau selaraskan. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menambah karya mereka sebagai penanda laman. Rujuk kepada Siapakah yang boleh menambah penanda laman kepada koleksi? untuk maklumat lanjut.

Sama ada anda boleh menambah karya sendiri kepada koleksi yang anda tidak miliki atau selaraskan bergantung kepada tetapan koleksi tersebut yang boleh didapati di blurb atau berhampiran bahagian atas papan pemukanya. Rujuk kepada Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Ditutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lanjut mengenai tetapan ini.

Jika anda memiliki atau menyelaras koleksi tersebut:

Anda boleh mengundang karya-karya ke koleksi yang anda miliki atau selaraskan, walaupun koleksi tersebut ditutup. Anda tidak boleh menambah hasil karya yang bukan milik anda kepada koleksi tanpa nama dan/atau yang belum dipamerkan.

Jika karya-karya tersebut adalah milik anda, ia akan ditambahkan kepada koleksi tersebut secara serta-merta.

Jika karya-karya tersebut milik orang lain dan pereka karya-karya berkenaan telah memilih untuk mendayakan pilihan "Automatically agree to your work being collected by others in the Archive" (Setuju untuk karya anda dikumpul oleh orang lain di Arkib secara automatik) maka karya-karya tersebut juga akan ditambahkan kepada koleksi secara serta-merta. Jika mereka tidak mendayakan pilihan ini, mereka akan menerima pemberitahuan e-mel tentang undangan tersebut dan boleh meluluskan atau menolaknya.

Jika anda tidak memiliki atau menyelaras koleksi tersebut:

Sesiapa sahaja boleh menambah karya-karya mereka kepada sebarang koleksi terbuka. Jika sesebuah koleksi diselaras dan anda bukan ahli yang telah diluluskan untuknya, karya tersebut memerlukan kelulusan penyelaras. Karya-karya anda juga boleh disertakan ke dalam sesebuah koleksi jika ia telah diundang oleh pemilik atau penyelaras koleksi tersebut. Rujuk kepada Bagaimanakah cara membenarkan atau menolak undangan untuk memasukkan karya saya ke dalam koleksi?

Anda juga boleh membenarkan karya untuk ditambahkan kepada koleksi secara automatik. Untuk maklumat lanjut tentang cara mendayakan atau menyahdayakan pilihan ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk membenarkan karya saya ditambahkan kepada koleksi tanpa memerlukan pengesahan saya setiap kali? Harap maklum bahawa ini hanyalah untuk koleksi tanpa nama atau yang belum dipamerkan. Hanya anda sahaja yang boleh menambah karya anda kepada koleksi tanpa nama dan/atau belum dipamerkan.

Pereka karya dan penyelaras koleksi boleh mengeluarkan karya daripada koleksi pada bila-bila masa. Rujuk kepada Bagaimanakah cara mengeluarkan karya atau penanda laman daripada koleksi? untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara menambahkan sebuah karya kepada koleksi?

Untuk menambah karya anda sendiri kepada koleksi yang anda miliki atau selaraskan:

  1. Pilih butang "Edit" (Mengedit) daripada laman karya dan skrol ke bahagian "Associations" (Perhubungan) di sebelah bawah.
  2. Masukkan nama koleksi di bidang "Post to Collections / Challenges" (Terbit ke Koleksi / Cabaran). Anda boleh mula memasukkan nama koleksi dan senarai auto-lengkap akan diisikan dengan koleksi-koleksi yang anda boleh pilih. Anda boleh menambah karya yang sama kepada beberapa koleksi.
  3. Pilih "Post" (Terbit) untuk menggunakan perubahan yang anda buat. Karya anda akan ditambahkan secara automatik kepada koleksi tersebut.

Untuk menambah karya anda kepada koleksi orang lain:

  1. Pilih butang "Edit" (Mengedit) daripada laman karya dan skrol ke bahagian "Associations" (Perhubungan) di sebelah bawah.
  2. Masukkan nama koleksi di bidang "Post to Collections / Challenges" (Terbit ke Koleksi / Cabaran). Anda boleh mula memasukkan nama koleksi dan senarai auto-lengkap akan diisikan dengan koleksi-koleksi yang anda boleh pilih. Anda boleh menambah karya yang sama kepada beberapa koleksi.
  3. Pilih "Post" (Terbit) untuk menggunakan perubahan yang anda buat.
    • Jika koleksi tersebut tiada penyelaras atau anda adalah ahli koleksi tersebut, karya anda akan ditambahkan secara serta-merta.
    • Jika koleksi tersebut mempunyai penyelaras dan anda bukan ahli, ia perlu diluluskan sebelum ditambahkan kepada koleksi.

Untuk menambah karya orang lain kepada koleksi yang anda miliki atau selaraskan:

  1. Skrol ke penghujung karya atau bab dan pilih butang "Add To Collections" (Tambah Kepada Koleksi).
  2. Masukkan nama koleksi ke dalam bidang "Collection name(s)" (Nama koleksi). Anda boleh mula memasukkan nama koleksi dan senarai auto-lengkap akan diisikan dengan koleksi-koleksi yang anda boleh pilih.
  3. Pilih koleksi-koleksi yang anda mahu kemudian pilih butang "Add" (Tambah). Laman tersebut akan segar semula dengan mesej yang mengesahkan bahawa karya tersebut telah diundang atau ditambahkan kepada koleksi anda.
    • Jika pereka karya telah membenarkan karya mereka ditambahkan kepada koleksi secara automatik, karya tersebut akan ditambahkan secara serta-merta.
    • Jika tidak, mereka akan menerima e-mel yang memberitahu mereka bahawa anda telah mengundang karya mereka ke koleksi anda dan mereka perlu meluluskan atau menolak undangan tersebut daripada laman Collection Items (Item Koleksi) mereka.

Harap maklum bahawa anda tidak boleh menambah karya-karya yang bukan milik anda kepada koleksi tanpa nama dan/atau yang belum dipamerkan. Rujuk kepada Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Ditutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk maklumat lanjut tentang tetapan ini.

Anda juga tidak boleh mengundang karya orang lain ke koleksi yang anda tidak miliki atau selaraskan. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menambah karya mereka sebagai penanda laman. Rujuk kepada Siapakah yang boleh menambah penanda laman kepada koleksi? untuk maklumat lanjut.

Untuk bantuan tentang menguruskan undangan untuk menambahkan karya anda kepada koleksi, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk membenarkan orang lain menambah karya saya kepada koleksi tanpa memerlukan pengesahan saya setiap kali? dan Bagaimanakah cara meluluskan atau menolak undangan untuk memasukkan karya saya ke dalam koleksi?

Siapakah yang boleh menambah penanda laman kepada koleksi?

Sesiapa sahaja boleh menambah penanda laman mereka kepada mana-mana koleksi terbuka. Jika koleksi tersebut mempunyai penyelaras dan anda bukan ahli yang telah diluluskan untuk koleksi tersebut, penanda laman itu memerlukan kelulusan penyelaras. Penanda laman yang dimasukkan oleh pemilik atau penyelaras akan ditambah secara automatik, walaupun koleksi itu diselaras ataupun ditutup. Rujuk kepada Apakah maksudnya sebuah koleksi Terbuka atau Ditutup, Diselaras atau Tidak Diselaras, Belum Dipamerkan, atau Tanpa Nama? untuk penerangan setiap tetapan koleksi ini.

Penanda laman mewarisi tetapan karya, bukan tetapan koleksi. Sebagai contoh, penanda laman untuk sebuah karya tanpa nama dan belum dipamerkan yang ditambahkan kepada koleksi yang telah dipamerkan akan tetap muncul sebagai karya misteri oleh Tanpa Nama, dan karya yang telah dipamerkan dalam koleksi tanpa nama dan belum dipamerkan akan memaparkan nama pereka dan tajuk.

Penanda laman boleh digunakan untuk karya yang dihoskan sama ada di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) atau di laman lain, dan tidak memerlukan kelulusan pereka karya untuk disertakan.

Untuk maklumat lanjut tentang penanda laman, sila rujuk kepada FAQ Penanda Laman.

Bagaimanakah cara menambah penanda laman kepada koleksi?

Anda boleh menambah penanda laman kepada koleksi apabila anda sedang mencipta atau mengedit penanda laman tersebut. Anda juga boleh menambah sebarang penanda laman pada laman My Bookmarks (Penanda Laman Saya) kepada koleksi dengan memilih butang "Add to Collection" (Tambah kepada Koleksi).

Mula masukkan nama koleksi ke dalam bidang "Add to collections" (Tambah kepada koleksi) dan senarai auto-lengkap nama koleksi akan muncul untuk anda membuat pilihan. Pilih koleksi-koleksi yang anda mahu daripada senarai tersebut, kemudian pilih "Edit" (Mengedit), "Create" (Cipta), atau "Add" (Tambah).

Untuk maklumat lanjut tentang penanda laman, sila rujuk kepada FAQ Penanda Laman.

Bagaimanakah cara meluluskan atau menolak undangan untuk menambahkan karya saya kepada koleksi?

Secara asal, anda perlu memilih untuk meluluskan atau menolak setiap kali karya yang anda cipta diundang ke koleksi yang dimiliki atau diselaras oleh orang lain. Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan atau tidak karya anda ditambah secara automatik kepada koleksi-koleksi pilihan anda. Rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk membenarkan orang lain menambah karya saya kepada koleksi tanpa memerlukan pengesahan saya setiap kali? untuk maklumat lanjut.

Jika pemilik atau penyelaras koleksi mengundang karya anda ke koleksi dan anda belum menyediakan kelulusan automatik, anda akan menerima e-mel yang memberitahu anda tentang undangan tersebut, melainkan jika anda telah mematikan pemberitahuan e-mel dalam pilihan anda. Untuk maklumat tentang cara mengubah pilihan pemberitahuan anda, rujuk kepada Bagaimanakah cara mengubah cara saya menerima pemberitahuan komen?

Untuk menyemak dan menerima atau menolak undangan ke koleksi:

  1. Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) daripada menu di bahagian tepi laman atau di bahagian atas laman pada peranti mudah alih.
  3. Pilih butang "Manage Collected Works" (Urus Koleksi Karya) di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "Koleksi [nama pengguna]" dalam versi mudah alih). Sebarang karya yang telah diundang tetapi masih belum diluluskan akan disenaraikan di laman "Awaiting Approval" (Menunggu Kelulusan).
  4. Pilih "Details" (Butiran) untuk memaparkan blurb karya secara sepenuhnya.
  5. Pilih menu dan pilih "Approved" (Diluluskan) atau "Rejected" (Ditolak), bergantung kepada keputusan anda, kemudian pilih butang "Submit" (Hantar) di bahagian bawah laman.

Untuk mengubah keputusan sebelum ini tentang tetapan kelulusan karya:

  1. Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Collections (#)" daripada menu di bahagian tepi laman atau di bahagian atas laman pada peranti mudah alih.
  3. Pilih butang "Manage Collected Works" di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "[nama pengguna]'s Collections" dalam versi mudah alih).
  4. Pilih butang "Rejected" atau "Approved" di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "[nama pengguna]'s Collections" dalam versi mudah alih).
  5. Skrol ke karya yang anda ingin tukar dan pilih status baharunya daripada menu di bahagian kanan butang "Details" di bawah tajuk karya, atau tandai kotak "Remove" (Keluarkan) dan kemudian pilih "Submit".

Rujuk kepada Apakah perbezaan antara ditolak dan dikeluarkan? untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara mengeluarkan karya atau penanda laman daripada koleksi?

Jika anda adalah pemilik atau penyelaras koleksi:

  1. Apabila anda log masuk, pilih "My Collections" (Koleksi Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]! di bahagian atas laman. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi(#)) di bar sisi navigasi (di bahagian atas laman apabila anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih koleksi yang anda mahu uruskan daripada senarai.
  3. Pilih "Manage items" (Urus item) daripada menu yang berada di bahagian tepi laman atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
  4. Gunakan butang di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" dalam versi mudah alih) untuk menyemak item yang menanti kelulusan, diluluskan atau ditolak.
  5. Apabila anda menemui karya atau penanda laman yang anda ingin keluarkan dalam senarai tersebut, pilih kotak tanda "Remove" (Keluarkan).
  6. Pilih butang "Submit" (Hantar) untuk menggunakan perubahan yang anda buat. Item-item akan dikeluarkan daripada koleksi secara serta-merta.

Anda boleh mengeluarkan beberapa item secara serentak.

Jika anda pereka karya:

  1. Pilih butang "Edit" (Mengedit) daripada laman karya dan skrol ke bahagian "Associations" (Perhubungan) di sebelah bawah.
  2. Pilih (×) merah di tepi nama koleksi yang anda ingin keluarkan di sebelah "Post to Collections / Challenges" (Terbit ke Koleksi / Cabaran).
  3. Pilih "Post" (Terbit) untuk menggunakan perubahan tersebut. Karya akan dikeluarkan daripada koleksi secara serta-merta.

Jika anda pereka penanda laman tersebut:

  1. Apabila anda log masuk, pilih "My Bookmarks" (Penanda Laman Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]! di bahagian atas laman. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Bookmarks" (Penanda laman) di bar sisi navigasi (di bahagian atas laman apabila anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih butang "Edit" di bawah blurb penanda laman.
  3. Pilih (×) merah di tepi nama koleksi penanda laman yang anda ingin keluarkan
  4. Pilih "Update" (Kemas kini) untuk menggunakan perubahan yang anda buat. Penanda laman tersebut akan dikeluarkan daripada koleksi secara serta-merta.

Bagaimanakah cara mempamerkan karya atau menunjukkan nama pereka dalam koleksi yang saya miliki?

Anda boleh mempamerkan karya atau pereka untuk seluruh koleksi serentak atau satu-persatu.

Untuk membuat perubahan secara serentak:

  1. Pergi ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi) dan skrol ke bahagian Preferences (Pilihan) di sebelah bawah. Jika anda kurang pasti mengenai cara untuk ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Collection Settings (Tetapan Koleksi)?
  2. Nyahtanda "This collection is unrevealed" (Koleksi ini belum dipamerkan) dan/atau "This collection is anonymous" (Koleksi ini adalah tanpa nama) dan kemudian pilih butang "Update" (Kemas kini).

Harap maklum jika anda kembali ke laman "Collection Settings" dan tandakan pilihan ini sekali lagi, semua karya yang sudah berada dalam koleksi anda akan kekal dipamerkan dan menunjukkan nama pereka. Hanya karya baharu yang ditambah kepada koleksi anda selepas tetapan ini didayakan akan secara automatik tidak dipamerkan atau tanpa nama.

Untuk membuat perubahan secara satu-persatu:

  1. Log masuk dan pilih "My Collections" (Koleksi Saya) daripada menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]! di bahagian atas laman. Jika anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (di bahagian atas laman apabila anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih koleksi daripada senarai yang disediakan.
  3. Pilih "Manage items" (Urus item) daripada papan pemuka koleksi yang berada di bahagian tepi laman atau di bahagian atas pada peranti mudah alih.
  4. Pilih butang "Approved" (Diluluskan) di bahagian kanan atas laman dalam versi desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" dalam versi mudah alih).
  5. Cari karya yang anda ingin ubah, kemudian tanda atau nyahtanda kotak "Unrevealed" (Belum dipamerkan) dan/atau "Anonymous" (Tanpa nama). Anda boleh melakukannya untuk beberapa karya pada masa yang sama.
  6. Setelah selesai, pilih butang "Submit" (Hantar) untuk menggunakan perubahan tersebut.

Apakah perbezaan antara ditolak dan dikeluarkan?

Sesuatu item yang ditolak daripada koleksi tidak akan muncul sebagai sebahagian daripadanya dan tidak boleh dihantar semula kepada koleksi tersebut. Walau bagaimanapun, statusnya boleh diubah oleh orang yang telah menolaknya (sama ada ia pereka karya atau pemilik atau penyelaras koleksi).

Item yang telah dikeluarkan daripada koleksi tidak akan dihubungkan langsung dengan koleksi tersebut dan boleh dihantar semula.

Jika anda adalah pemilik atau penyelaras koleksi dan ingin menyemak semula item yang telah ditolak, rujuk kepada Bagaimanakah cara menguruskan hasil karya atau penanda laman dalam koleksi yang saya miliki atau selaraskan?

Jika anda adalah pereka karya dan ingin menyemak semula undangan yang telah anda tolak, rujuk kepada Bagaimanakah cara meluluskan atau menolak undangan untuk memasukkan karya saya ke dalam koleksi?

Apakah tahap keahlian yang tersedia untuk koleksi?

Owner (Pemilik):
Mempunyai akses penuh terhadap semua aspek koleksi.
Moderator (Penyelaras):
Mempunyai beberapa akses ke tetapan koleksi, termasuk kelulusan item yang dihantar ke koleksi.
Member (Ahli):
Tidak memiliki akses ke tetapan koleksi, tetapi dapat menghantar karya mereka sendiri ke koleksi tanpa kelulusan penyelaras.
Invited (Diundang):
Setakat ini, seorang pengguna tidak boleh menerima undangan untuk sebuah koleksi, oleh itu tahap ini sama seperti tiada.
None (Tiada):
Bukan ahli koleksi. Ini adalah tahap keahlian asal untuk sesiapa yang memilih "Join" (Sertai) di koleksi yang diselaras.

Sekiranya anda ingin meninggalkan koleksi yang telah anda sertai, tetapi anda bukan pemilik atau penyelaras koleksi tersebut, pilih butang "Leave" (Keluar) pada papan pemukakoleksi pada bahagian kanan atas di desktop (atau di bawah tajuk [Nama Koleksi] pada peranti mudah alih). Rujuk kepada Bagaimanakah saya boleh mengubah keahlian saya dalam sebuah koleksi? untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat yang lebih tertentu mengenai keizinan pemilik dan penyelaras, rujuk kepada Apakah perbezaan antara pemilik dan penyelaras?

Bagaimanakah cara menambah ahli kepada koleksi saya?

Untuk menambah ahli kepada koleksi anda:

  1. Pergi ke papan pemuka koleksi:
    • Apabila anda log masuk, pilih "My Collections" (Koleksi Saya) dari menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Sekiranya anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas laman semasa anda menggunakan peranti mudah alih).
    • Pilih koleksi yang ingin anda tambah ahlinya.
  2. Pilih butang "Membership" (Keahlian) di sebelah kanan atas di desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" di peranti mudah alih).
  3. Mula masukkan nama pengguna ahli baharu anda atau nama samaran ahli baharu anda dalam bidang di bawah pengepala laman. Anda boleh memilih pengguna yang betul dari auto-lengkap, atau memasukkan secara manual nama penuh pengguna/nama samaran mereka.
    • Anda boleh memasukkan beberapa pengguna sekaligus.
  4. Pilih "Submit" (Hantar). Pengguna akan ditambahkan sebagai ahli koleksi.

Setelah seseorang menjadi ahli, anda boleh skrol ke nama mereka dan mengubah keizinan akses mereka. Pilih peranan yang ingin anda gunakan dari menu di sebelah atau di bawah nama mereka, dan kemudian pilih "Update" (Kemas Kini) untuk menggunakan perubahan.

Menambah seseorang sebagai ahli sangat berguna dalam koleksi yang diselaras, kerana ia membolehkan ahli menambah karya mereka ke koleksi tanpa memerlukan kelulusan penyelaras. Para pengguna yang berminat untuk menjadi ahli koleksi yang diselaras oleh anda juga boleh menambahkan diri mereka dengan memilih butang "Join" (Sertai) pada papan pemuka koleksi. Apabila pengguna ditambah dengan cara ini, pada awalnya mereka akan diberi tahap akses "None" (Tiada) dan kebenaran mereka adalah sama seperti seseorang yang bukan ahli koleksi. Untuk meluluskan mereka sebagai ahli koleksi anda, anda perlu mengubah keizinan akses mereka kepada "Member" (Ahli), "Moderator" (Penyelaras), atau "Owner" (Pemilik).

Rujuk kepada Apakah tahap keahlian yang tersedia untuk koleksi? atau Apakah perbezaan antara pemilik dan penyelaras? untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara menambah atau mengeluarkan penyelaras atau pemilik ke koleksi saya?

Mana-mana pemilik atau penyelaras baharu mesti menjadi ahli koleksi anda terlebih dahulu. Rujuk kepada Bagaimanakah cara menambah ahli kepada koleksi saya? untuk mendapatkan bantuan menambahkan mereka.

Setelah anda menambahkan mereka sebagai ahli, anda boleh skrol ke nama mereka dan mengubah keizinan akses mereka. Pilih "Owner" (Pemilik) atau "Moderator" (Penyelaras) dari menu di sebelah atau di bawah nama mereka, dan kemudian pilih "Update" (Kemas kini) untuk menggunakan perubahan.

Hanya pemilik sahaja yang dapat menambah pemilik atau penyelaras baharu. Pemilik juga boleh mengeluarkan pemilik dan penyelaras lain, termasuk pemilik asal. Penyelaras boleh menurunkan pangkat, tetapi tidak menambahkan, penyelaras lain. Untuk senarai lengkap perbezaan antara peranan-peranan ini, rujuk kepada Apakah perbezaan antara pemilik dan penyelaras?

Apakah perbezaan antara pemilik dan penyelaras?

Seseorang yang mempunyai tahap akses penyelaras untuk sebuah koleksi boleh:

  • menambahkan ahli
  • mengeluarkan ahli dengan akses penyelaras atau bawah
  • menurunkan pangkat penyelaras (tetapi tidak boleh menaikkan pangkat)
  • mengundang karya ke koleksi
  • menyemak (menerima, menolak, atau mengeluarkan) karya yang dihantar.

Seseorang dengan akses tahap pemilik mempunyai semua keizinan yang sama dengan penyelaras, dan juga boleh:

  • mengedit tetapan koleksi (termasuk mempamerkan karya dan pereka, dan tetapan untuk mana-manacabaran yang dihoskan dalam koleksi)
  • menambah, mengeluarkan, dan menetapkan keizinan akses untuk semua ahli (termasuk pemilik asal)
  • memadamkan koleksi

Rujuk kepada Bagaimanakah cara menambah ahli kepada koleksi saya? untuk mendapatkan maklumat mengenai penukaran keizinan akses.

Bagaimanakah cara mengedit tahap akses ahli, atau mengeluarkan mereka dari koleksi saya?

Untuk mengedit tahap akses ahli, atau mengeluarkan mereka dari koleksi:

  1. Pergi ke papan pemuka koleksi:
    • Apabila anda log masuk, pilih "My Collections" (Koleksi Saya) dari menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Sekiranya anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas laman semasa anda menggunakan peranti mudah alih).
    • Pilih koleksi yang anda ingin edit ahlinya.
  2. Pilih butang "Membership" (Keahlian) di sebelah kanan atas di desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" di peranti mudah alih).
    • Sekiranya anda ingin mengubah keizinan akses mereka ke tahap lain, cari nama mereka dan pilih peranan yang ingin anda gunakan dari menu di sebelah atau di bawahnya. Pilih "Update" (Kemas kini) untuk menggunakan perubahan. Rujuk kepada Apakah tahap keahlian yang tersedia untuk koleksi? untuk maklumat lanjut mengenai tahap akses.
    • Sekiranya anda ingin mengeluarkan mereka dari koleksi sepenuhnya, pilih butang "Remove" (Keluarkan) di sebelah nama mereka dan kemudian pilih "OK" (OK) dari kotak dialog pengesahan.
    • Anda tidak boleh membuang pemilik tunggal koleksi.

Bagaimanakah cara mengubah keahlian saya dalam koleksi?

Untuk menyertai sebuah koleksi yang diselaras, pergi ke laman papan pemuka koleksi tersebut dan pilih butang "Join" (Sertai) di sebelah kanan atas laman di desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" di peranti mudah alih). nama samaran anda akan dipaparkan secara terbuka di laman People, dipautkan dari papan pemuka koleksi; namun, untuk anda mempunyai hak terbitan dalam koleksi, pemilik atau penyelaras perlu mengubah tahap akses anda kepada "Member" (Ahli). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tahap akses, rujuk kepada Apakah tahap keahlian yang tersedia untuk koleksi?

Menjadi ahli koleksi hanya memberikan keistimewaan jika anda pemilik atau penyelaras, atau jika koleksi itu diselaras. Anda tidak dapat menyertai koleksi yang tidak diselaras, tetapi pemilik koleksi tersebut dapat mengundang anda untuk menyelaraskannya.

Sekiranya anda seorang ahli, anda boleh meninggalkan koleksi dengan memilih butang "Leave" (Keluar) di papan pemuka koleksi, di sebelah kanan atas laman di desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" di peranti mudah alih).

Sekiranya anda pemilik atau penyelaras, anda boleh meninggalkan koleksi atau menukar akses keahlian anda ke tahap yang lebih rendah, kecuali sekiranya anda adalah pemilik tunggal koleksi. Rujuk kepada Bagaimanakah cara mengedit tahap akses ahli, atau mengeluarkan mereka dari koleksi saya? untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara menguruskan karya atau penanda laman dalam koleksi yang saya miliki atau selaraskan?

Untuk menguruskan karya dan/atau penanda laman dalam koleksi anda:

  1. Log masuk dan pilih "My Collections" (Koleksi Saya) dari menu "Hi, (Hai,) [nama pengguna]!" di bahagian atas laman. Sekiranya anda berada di papan pemuka anda, anda juga boleh memilih "Collections (#)" (Koleksi (#)) di bar sisi navigasi (terdapat di bahagian atas laman semasa anda menggunakan peranti mudah alih).
  2. Pilih koleksi dari senarai yang disediakan.
  3. Pilih "Manage Items" (Urus Item) dari papan pemuka koleksi yang terdapat di sisi laman, atau di bahagian atas pada peranti mudah alih. Secara asal, ini akan membawa anda ke laman yang menyenaraikan semua item yang sedang menunggu kelulusan penyelaras untuk menyertai koleksi berkenaan.
  4. Pilih butang "Invited" (Diundang) di sebelah kanan atas laman di desktop (atau di bawah pengepala "Items in (Item dalam) [nama koleksi]" di peranti mudah alih) untuk senarai semua karya yang diundang ke koleksi dan sedang menunggu kelulusan pereka.
    • Anda juga boleh memilih butang "Rejected" (Ditolak) dan "Approved" (Diluluskan) untuk menyemak item yang telah anda buat keputusan.
  5. Cari item yang ingin anda semak dan pilih status baharunya. Anda boleh melakukan langkah ini serentak untuk beberapa karya.
    • Untuk meluluskan atau menolak karya, pilih status baharunya dari menu di sebelah kanan butang "Details" (Butiran) di bawah tajuk karya.
    • Untuk mengeluarkan karya dari koleksi, tandakan kotak "Remove" (Keluarkan)
    • Untuk mengubah status karya dalam koleksi yang belum dipamerkan atau tanpa nama, tandakan atau nyahtandakan kotak "Unrevealed" (Belum dipamerkan) atau "Anonymous" (Tanpa Nama).
  6. Pilih "Submit" (Hantar) untuk menyimpan perubahan anda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sama ada untuk menolak atau mengeluarkan item koleksi, rujuk kepada Apakah perbezaan antara ditolak atau dikeluarkan?

Bagaimanakah boleh saya tahu jika seseorang telah menambahkan item ke koleksi yang saya miliki atau selaraskan?

Anda boleh menyediakan koleksi anda untuk memberitahu anda apabila karya atau penanda laman baharu telah ditambahkan ke koleksi tersebut:

  1. Pergi ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi). Jika anda kurang pasti cara ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Tetapan Koleksi?
  2. Di bahagian Pengepala, masukkan alamat e-mel di bidang "Collection email" (E-mel koleksi).
    • Ambil perhatian bahawa sebarang alamat e-mel yang anda masukkan di sini akan dipaparkan secara terbuka di laman koleksi, jadi anda mungkin ingin mengelakkan penggunaan alamat e-mel peribadi anda. Sekiranya anda mahu beberapa orang menerima kemas kini, anda perlu membuat alamat e-mel yang dikongsi atau senarai mel dan tambahkan alamatnya di sini.
  3. Skrol ke bahagian Preferences (Pilihan) di sebelah bawah dan tandakan kotak untuk pilihan "Send a message to the collection email when a work is added" (Kirim mesej ke e-mel koleksi apabila karya ditambahkan).
  4. Pilih butang "Update" (Kemas kini) berhampiran bahagian bawah laman.

Harap maklum bahawa anda mesti menambahkan e-mel dan tandakan kotak "Kirim mesej ke e-mel koleksi apabila karya ditambahkan". Melakukan hanya satu perkara ini tidak akan mempengaruhi pemberitahuan koleksi.

E-mel Pertukaran Hadiah dihantar tanpa mengira sama ada e-mel disediakan. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk kepada Apa yang berlaku sekiranya saya tidak memberikan e-mel semasa saya menyediakan Pertukaran Hadiah baru?

Bagaimanakah cara untuk saya berhenti menerima pemberitahuan item yang ditambahkan ke koleksi saya?

Sekiranya anda tidak lagi ingin diberitahu apabila seseorang menambahkan karya atau penanda laman ke koleksi anda:

  1. Pergi ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi). Jika anda kurang pasti cara ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Tetapan Koleksi?
  2. Skrol ke bahagian Preferences (Pilihan) di sebelah bawah dan nyahtandakan kotak untuk pilihan "Send a message to the collection email when a work is added" (Kirim mesej ke e-mel koleksi apabila karya ditambahkan).
  3. Pilih butang "Update" (Kemas kini) berhampiran bahagian bawah laman.

Sekiranya anda memadam alamat e-mel di bidang "Collection email" (E-mel koleksi) di laman Tetapan Koleksi anda, anda juga akan berhenti menerima e-mel, tidak kira sama ada pilihan "Kirim mesej ke e-mel koleksi apabila karya ditambahkan" ditandakan atau tidak.

Harap maklum bahawa pemberitahuan koleksi dan cabaran adalah berbeza. Jika koleksi anda juga merupakan Pertukaran Hadiah, anda masih akan menerima e-mel apabila tugasan yang berpotensi dihasilkan, ketika tugasan dihantar, dan ketika pengguna gagal menetapkan tugas mereka.

Bagaimanakah cara memadamkan koleksi?

Untuk memadamkan koleksi yang anda miliki:

  1. Pergi ke laman "Collection Settings" (Tetapan Koleksi). Jika anda kurang pasti cara ke laman ini, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk kembali ke laman Tetapan Koleksi?
  2. Pilih butang "Delete Collection" (Padam Koleksi) di bahagian kanan atas laman di desktop (atau di bawah pengepala "Edit Collection" (Edit Koleksi) di peranti mudah alih).
  3. Pop-up akan muncul dan bertanyakan "Are you sure you want to delete this collection? All collection settings will be lost. (Works will not be deleted.)" (Adakah anda pasti anda mahu memadam koleksi ini? Semua tetapan koleksi akan hilang. (Karya tidak akan dipadamkan.)) Pilih "OK" (OK) untuk meneruskan.

Harap maklum bahawa ini adalah tindakan tetap. Tidak ada cara untuk memulihkan koleksi yang dipadamkan.

Sekiranya koleksi anda menganjurkan a href="/faq/glossary#promptmemedef">Prompt Meme atau Pertukaran Hadiah, anda perlu memadamkannya dahulu. Rujuk kepada Bagaimanakah cara memadam Prompt Meme? or Bagaimanakah cara memadam Pertukaran Hadiah? untuk maklumat lanjut mengenai cara melakukannya.

Memadam koleksi induk tidak akan memadam koleksi kecil; namun, koleksi kecil tidak lagi akan dikumpulkan bersama. Memadam koleksi juga tidak akan memadam sebarang karya yang berkaitan atau penanda laman.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab di sini?

Sekiranya anda memerlukan panduan mengenai bahagian tertentu dari koleksi atau penciptaan cabaran, sila rujuk kepada:

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang AO3 telah dijawab dalam FAQ AO3, dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari kami. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Untuk bantuan mengenai cabaran khusus anda yang tidak diliputi dalam FAQ atau Tutorial ini, sila tambah AO3_Support sebagai pemilik bersama dan kemudian hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda.