Post Header
Karya-karya yang lebih terdahulu daripada due South Seekrit Santa, arkib pertukaran hadiah due South, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Dalam artikel ini:
- Sedikit penjelasan latar belakang
- Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya(-karya) di due South Seekrit Santa
- Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda masih mempunyai soalan
Penjelasan Latar Belakang
due South Seekrit Santa (dSSS) ialah cabaran pertukaran hadiah tahunan untuk peminat due South. Arkib dSSS berasal dari http://dsss.crocolanthus.com/. Selepas beberapa percubaan untuk berkomunikasi tidak dijawab oleh pentadbir/pemilik pelayan, arkib crocolanthus dSSS tidak lagi berada dalam talian, dan nama domain telah hilang. Untuk memelihara arkib tersebut, karya-karya daripada pertukaran-pertukaran pada tahun 2004-2009 sedang diimport ke AO3 oleh Open Doors dan dSSS.
Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para penyelaras arkib-arkib untuk menggabungkan hasil karya-karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para penyelaras untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para penyelaras kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Ia merupakan perkara amat penting bagi Open Doors bahawa kami bekerjasama dengan para penyelaras yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan bahawa kami memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka, dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil-hasil karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan Verushka dan Ride_Forever untuk mengimport pertukaran-pertukaran 2004-2009 due South Seekrit Santa ke subkoleksi-subkoleksi berasingan yang boleh dicari dalam koleksi dSSS yang sedia ada di AO3. Sebagai sebahagian daripada pemeliharaan arkib ini secara keseluruhan, semua seni dan video yang kini berada di due South Seekrit Santa akan diacarakan di pelayan-pelayan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dibenamkan dalam laman karya AO3 mereka sendiri.
Kami akan mula mengimport karya-karya daripada due South Seekrit Santa ke AO3 selepas bulan November. Walau bagaimanapun, pengimportan mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut kepada koleksi buat sementara waktu.
Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya-karya di due South Seekrit Santa?
Kami akan menghantar pemberitahuan pengimportan ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak pereka akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.
Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan oleh pengguna AO3 yang telah log masuk sahaja. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh tetapkan karya-karya tersebut agar boleh dilihat secara umum jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan sebagai tatapan umum.
Sila hubungi Open Doors menggunakan nama(-nama) samaran due South Seekrit Santa dan alamat(-alamat) e-mel anda, sekiranya:
- Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal
- Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
- Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
- Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3, atau TIDAK mahu karya-karya anda ditambah ke koleksi arkib.
- Anda berbesar hati untuk kami memelihara karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengalih keluar nama anda.
- Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.
Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun due South Seekrit Santa anda, sila hubungi Open Doors dan kami akan membantu anda. (Sekiranya anda telah menerbitkan karya-karya berkenaan ke tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa karya-karya tersebut adalah milik anda, itu sangatlah bagus; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan penyelaras due South Seekrit Santa untuk mengesahkan tuntutan anda.)
Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan-arahan mengenai
- mengimport karya-karya anda ke AO3
- menambah karya-karya anda ke dalam subkoleksi baru due South Seekrit Santa
Sekiranya anda masih mempunyai soalan...
Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.
Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah due South Seekrit Santa di Fanlore. Sekiranya anda baharu dalam menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baru, atau tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.
Kami teruja kerana dapat membantu memelihara due South Seekrit Santa!
- Pasukan Open Doors dan Verushka dan Ride_Forever
Komen yang ditinggalkan pada artikel ini akan dinyahdayakan dalam masa 14 hari selepas penyiaran. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai pengimportan ini selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.
OTW ialah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.