Archive FAQ > Jemputan

Apakah itu kod jemputan?

Jemputan diperlukan untuk membuat akaun Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita). Ia wujud dalam dua format: salah satu adalah pautan, dan lagi satu adalah rentetan huruf dan angka (dikenali sebagai token).

Untuk bantuan dengan pautan jemputan, kunjungi Saya telah menerima pautan jemputan. Bagaimanakah saya menggunakannya untuk membuat akaun?

Untuk bantuan dengan token jemputan, kunjungi Bagaimanakah saya menggunakan jemputan yang bukan dalam bentuk pautan?

Sekiranya anda tidak mempunyai jemputan dan menginginkannya, kunjungi Bagaimanakah saya mendapatkan jemputan?

Mengapakah saya tidak dapat mencipta akaun tanpa kod jemputan?

Kami menggunakan sistem kod jemputan supaya Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) dapat berkembang dalam kadar yang terkawal. Kami perlu menambah pengguna baharu secara beransur-ansur agar jumlah akaun kami tidak bertambah melebihi apa yang dapat disokong oleh perkakasan, jalur lebar, dan pasukan bantuan kami. Hal ini membantu kami memastikan supaya semua yang menggunakan AO3 dapat menikmati pengalaman yang terbaik mungkin.

Bagaimanakah cara untuk mendapat kod jemputan?

Anda boleh menerima jemputan daripada barisan jemputan automatik kami, atau daripada seorang pengguna Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) yang sedia ada jika mereka mempunyai jemputan yang tersedia.

Untuk menerima jemputan daripada barisan jemputan automatik kami, pilih butang "Get Invited!” (Dapatkan Jemputan!) di bawah mesej Selamat Datang di laman utama kami. Anda kemudian boleh menambahkan alamat e-mel anda ke dalam senarai Permintaan Jemputan . Jemputan dihantar mengikut urutan kedatangan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai status permintaan jemputan anda, rujuk kepada Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk mendapat jemputan?

Pengguna AO3 tidak lagi dapat meminta jemputan baharu, tetapi mereka boleh menghantar apa yang mereka sudah ada. Pengecualian bagi hal ini adalah untuk pengguna yang menjalankan cabaran (rujuk kepada Bagaimanakah saya meminta jemputan untuk cabaran yang sedang saya jalankan?). Ambil perhatian bahawa nama pengguna AO3 anda dan berkemungkinan alamat e-mel anda akan dapat dilihat oleh orang yang menghantar jemputan akaun kepada anda. Sekiranya anda tidak ingin maklumat ini dikongsi, anda mungkin ingin memilih kaedah barisan jemputan automatik. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimanakah pengguna sedia ada boleh menghantar jemputan, rujuk kepada Saya sudah mempunyai akaun. Bagaimanakah saya memberi jemputan kepada orang lain?

Berapa lamakah untuk mendapat sebuah jemputan?

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah semasa orang dalam senarai penungguan dan berapa banyak jemputan yang kami menghantar setiap hari di halaman Invite Requests (Permintaan Jemputan). Maklumat ini akan membantu anda menganggar bila anda akan menerima jemputan. Jumlah jemputan yang dapat kami hantar setiap hari bergantung pada beberapa faktor, maka kadar tersebut tertakluk kepada perubahan. Untuk pergi ke halaman ini, buka laman utama Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) sewaktu dilog keluar, dan pilih butang "Get Invited" (Dapatkan Jemputan) di bawah mesej Selamat Datang.

Anda juga boleh menyemak kedudukan anda dalam senarai tersebut. Dari halaman Permintaan Jemputan, pilih "check your position on the waiting list" (semak kedudukan anda dalam senarai penungguan), masukkan alamat e-mel yang anda gunakan untuk meminta akaun, dan pilih butang "Look me up" (Cari saya). Anda akan mendapat anggaran bila anda akan menerima jemputan anda berdasarkan kekerapan kami menghantar jemputan dan di mana anda berada dalam giliran tersebut.

Bolehkah saya memberi sumbangan untuk memperoleh jemputan dengan lebih cepat?

Tidak, kami tidak memberikan jemputan Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) sebagai pertukaran untuk sumbangan derma. Kami beriltizam untuk menyediakan AO3 sebagai perkhidmatan percuma bagi mana-mana peminat yang ingin menggunakannya, tidak kira keadaan kewangan mereka. Maka, walaupun kami amat menghargai sokongan kewangan daripada para peminat yang memilih untuk menderma kepada OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), tindakan tersebut tidak akan mendapatkan anda jemputan yang lebih cepat.

Sekiranya anda telah menerima pautan jemputan, anda boleh sama ada menekan masuk pautan tersebut atau menyalin dan menampal pautan lengkap ke dalam bar alamat pelayar anda untuk mengakses halaman Pendaftaran Baharu.

Sekiranya anda menerima jemputan yang bukan dalam bentuk pautan, pergi ke Bagaimanakah saya menggunakan jemputan yang bukan dalam bentuk pautan?

Bagaimanakah saya menggunakan jemputan yang bukan dalam bentuk pautan?

Sekiranya pengguna lain memberi anda rentetan huruf dan angka tetapi bukan pautan, pergi ke bar alamat pelayar anda dan masukkan https://archiveofourown.org/signup/#### , menggantikan "####" dengan rentetan huruf dan angka yang telah anda diberi. Ini akan membawa anda ke halaman Pendaftaran Baharu. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai langkah-langkah seterusnya, kunjungi Bagaimanakah saya membuat akaun?

Bagaimanakah saya meminta jemputan untuk cabaran yang sedang saya jalankan?

Sebuah akaun diperlukan untuk mengambil bahagian dalam acara-acara pertukaran hadiah dan prompt meme yang dijalankan di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita).

Sekiranya anda perlu meminta akaun untuk cabaran yang anda jalankan, sila hubungi Bantuan dengan nama cabaran, tarikh pembukaan dan penutupan pendaftaran, akaun pemilik cabaran untuk dihantarkan jemputan, dan jumlah jemputan yang diperlukan. Jawatankuasa Bantuan akan membalas kepada permintaan anda setelah jemputan-jemputan tersebut telah ditambah ke akaun anda. Anda kemudian boleh mengutuskannya kepada para peserta mengikut arahan di Saya sudah mempunyai akaun. Bagaimanakah saya memberi jemputan kepada orang lain?

Saya sudah mempunyai akaun. Bagaimanakah saya memberikan jemputan kepada orang lain?

Sekiranya akaun anda mempunyai jemputan yang tidak dihantar, anda boleh memberikan jemputan tersebut kepada orang lain dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.

Untuk memberikan jemputan kepada seseorang, anda perlu:

  1. Log masuk dan pergi ke Papan Pemuka anda dengan memilih ucapan "Hi, [username]!" (Hai, [nama pengguna]!) dan memilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih gambar profil anda.
  2. Pilih butang "Invitations" (Jemputan) pada bahagian kanan atas halaman bagi pengguna desktop (atau pada bahagian bawah tajuk dengan nama pengguna anda bagi pengguna peranti mudah alih). Ini akan membawa anda ke halaman Jemputan, yang akan memberikan ringkasan berapa banyak jemputan yang anda punyai.

Daripada halaman Jemputan, terdapat beberapa pilihan:

  • Masukkan alamat e-mel sesiapa yang anda ingin jemput, pilih kod jemputan yang disenaraikan di bawah (sehingga lima jemputan yang wujud akan disenaraikan), dan pilih butang "Send Invitation" (Hantar Jemputan).
  • Salin URL jemputan dan hantarkan terus kepada pengguna tersebut. Untuk berbuat demikian:
    1. Pilih butang "Manage Invitations" (Urus Jemputan) pada bahagian kanan atas halaman bagi pengguna desktop (atau di bawah tajuk "Invite a friend" (Jemput rakan) bagi pengguna peranti mudah alih). Ini akan membawa anda ke halaman yang menunjukkan status bagi semua jemputan yang disediakan untuk akaun anda, termasuk mana-mana yang telah digunakan.
    2. Salin (jangan buka) URL mana-mana jemputan yang tidak digunakan dari bidang teks "copy and use" (salin dan gunakan). Cara untuk melakukannya bergantung pada komputer atau peranti anda:
      • Pada desktop Windows: klik kanan pada pautan tersebut dan pilih pilihan "salin pautan" (perkataan yang tepat akan berbeza bergantung pada pelayar anda).
      • Pada MacOS: ctrl-klik pada pautan dan pilih pilihan "salin pautan" (perkataan yang tepat akan berbeza bergantung pada pelayar anda).
      • Pada peranti mudah alih: tekan lama pada pautan dan pilih pilihan "salin pautan" (perkataan yang tepat akan berbeza bergantung pada pelayar anda).
    3. Tampalkan pautan ke dalam tetingkap sembang atau teks, e-mel, atau kaedah komunikasi lain, dan kirimkannya kepada orang yang anda sedang menjemput. Mereka boleh mengikut pautan tersebut untuk mendaftar akaun.

Selain itu, anda boleh menyalin token jemputan (rentetan huruf dan nombor) dan menghantarnya kepada orang yang anda jemput. Mereka kemudian perlu mengikuti arahan di Bagaimana saya menggunakan jemputan yang bukan pautan?

Anda boleh menghantar semula jemputan dan mengubah alamat e-mel yang dilampirkan selagi undangan berkenaan belum digunakan. Mengubah alamat e-mel membolehkan anda mengguna semula jemputan yang tidak dituntut dan menghantarnya semula kepada pengguna lain. Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk Saya pengguna AO3. Bagaimana cara menguruskan jemputan saya?

Sekiranya anda tidak mempunyai jemputan yang tersedia, siapa pun yang ingin anda jemput perlu meminta jemputan melalui halaman Permintaan Jemputan. Walaupun terdapat butang "Request Invitations" (Mohon Jemputan) yang terdapat di halaman Jemputan dan Urus Jemputan, memilih butang tersebut tidak akan memulakan proses memohon jemputan. Sekiranya anda perlu memohon akaun untuk pertukaran hadiah atau prompt meme anda kendalikan, pergi ke Bagaimanakah saya meminta jemputan untuk cabaran yang sedang saya jalankan? untuk maklumat lebih lanjut.

Saya pengguna AO3. Bagaimanakah saya menguruskan jemputan saya?

  1. Log masuk dan pergi ke Papan Pemuka anda dengan memilih ucapan "Hi, [username]!" (Hai, nama pengguna) dan memilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) dari menu, atau dengan memilih gambar profil anda.
  2. Pilih butang "Invitations" (Jemputan) pada bahagian kanan atas halaman desktop (atau di bawah tajuk dengan nama pengguna anda di peranti mudah alih). Ini akan membawa anda ke halaman Jemputan anda, yang akan memberikan ringkasan berapa banyak jemputan yang anda punyai.
  3. Pilih butang "Manage Invitations" (Urus Jemputan) pada bahagian kanan atas halaman desktop (atau di bawah tajuk "Invite a friend" (Jemput Rakan) di peranti mudah alih). Ini akan membawa anda ke halaman yang menunjukkan status semua jemputan yang ada untuk akaun anda, termasuk yang telah digunakan.

Dari halaman Urus Jemputan, anda boleh menyaring jemputan mengikut statusnya. Untuk melakukannya, pilih salah satu butang "Unsent (#)" (Tidak Dihantar), "Sent But Unused (#)" (Dihantar Tetapi Tidak Digunakan), "Used (#)" (Digunakan), atau "All" (Semua) pada Barisan paling atas.

Jemputan yang disenaraikan di halaman "Tidak Dikirim (#)" sedia untuk digunakan dan boleh dihantar. Halaman "Digunakan (#)" mengandungi nama pengguna, dan kemungkinan alamat e-mel, orang yang telah membuat akaun dari jemputan. Setelah jemputan digunakan untuk membuat akaun, undangan tidak dapat lagi digunakan.

Dalam kategori "Dihantar Tetapi Tidak Digunakan (#)", anda dapat menyemak undangan yang tidak digunakan dan, jika perlu, mengubah atau mengemas kini alamat e-mel penerima undangan. Memilih token di lajur kiri akan membawa anda ke halaman Tunjuk Jemputan, yang memaparkan maklumat mengenai jemputan. Untuk mengemas kini alamat e-mel, masukkan yang baharu di kotak teks yang disediakan dan pilih butang "Kemas kini Jemputan" di sudut kanan bawah. Anda juga boleh menyalin jemputan dan menghantarnya semula kepada penerima. Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk Saya sudah mempunyai akaun. Bagaimanakah saya menghantar jemputan kepada orang lain?

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hantarkan permintaan bantuan.