Apa itu penyatiman?
Penyatiman adalah satu alternatif untuk memadam sebuah karya yang anda tidak mahu dikaitkan dengan akaun anda.
Penyatiman akan memadamkan semua data pengenalpastian anda dari karya terpilih secara kekal. Data akan dipadamkan dari karya tersebut, termasuk semua bab dan siri yang berkaitan, dan sebarang maklum balas yang anda mungkin telah tinggalkan, dan langkah ini akan memindahkannya ke akaun orphan_account yang dibuat untuk tujuan ini oleh Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Harap maklum bahawa ini adalah satu tindakan yang kekal dan tidak boleh dipulihkan—anda menyerahkan kawalan anda terhadap karya tersebut, termasuk keupayaan anda untuk mengedit atau memadamkannya, dan anda tidak dapat menuntut semula karya ini.
Penyatiman mempunyai satu cara untuk memadamkan beberapa atau semua karya anda dari akaun anda tanpa dikecualikan dari fandom. Kami berharap anda akan menggunakan akaun orphan_account untuk membenarkan karya anda tetap berada di AO3 walaupun anda tidak lagi mahu dikaitkan dengannya, atau membiarkan ia dihubungkan dengan akaun anda. Karya-karya yatim akan dikekalkan oleh AO3 untuk dinikmati oleh peminat masa depan; penanda halaman dan pautan yang sedia ada tidak akan terputus.
Sebaliknya, sekiranya anda ingin betul-betul memadam karya anda, sila ke Bagaimanakah cara saya memadam sesebuah karya?
Untuk maklumat tentang mengedit siri anda, tekan Bagaimanakah cara saya mengedit sebuah siri?
Maklumat apa yang akan dipadam apabila sebuah karya diyatimkan?
- Nama pengguna dan/atau nama samaran anda akan dipadamkan dari karya tersebut dan semua babnya.
- Nama pengguna dan/atau nama samaran anda akan dipadam dari mana-mana komen yang anda telah tinggalkan pada karya tersebut.
Bagaimanakah cara saya meyatimkan karya saya?
Sebelum anda membuat keputusan untuk meyatimkan karya anda, sila pastikan anda mengetahui akibatnya. Sila rujuk kepada Apa itu Penyatiman? untuk maklumat lanjut.
Anda boleh:
- Meyatimkan sebuah karya tunggal menggunakan butang Orphan Work (Yatimkan Karya) dari halaman Edit (Sunting) untuk karya tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk melakukannya, pergi ke Bagaimanakah cara saya mengedit karya?
- Karya yang diyatimkan akan diterbitkan dalam satu siri dari halaman indeks Series (Siri) atau Edit Series (Siri Sunting) menggunakan butang Orphan Series (Yatimkan Siri). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk kepada FAQ Siri.
- Yatimkan semua karya anda menggunakan butang Orphan My Works (Yatimkan Karya Saya) pada halaman Preferences (Pilihan) di Dashboard (Papan Pemuka) anda. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada FAQ Papan Pemuka.
- Semua karya yang diyatimkan akan dipaparkan di bawah Nama Samaran tertentu menggunakan butang Orphan Works (Karya Yatim) pada halaman Pseuds (Nama Samaran) di Papan Pemuka anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada FAQ Nama Samaran .
Selepas anda memilih karya yang anda ingin yatimkan, anda mempunyai dua pilihan:
- "Take my pseud off as well" (Buangkan nama samaran saya juga)
- Karya ini akan dipindahkan ke akaun orphan_account, yang dikekalkan oleh Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dan nama samaran orphan_account utama. Byline pada karya tersebut akan menunjukkan "orphan_account".
- "Leave a copy of my pseud on" (Tinggalkan salinan nama samaran saya)
- Kerja ini akan dipindahkan ke akaun orphan_account, yang dikekalkan oleh AO3, tetapi nama samaran baru akan dicipta dengan nama yang sama dengan nama samaran yang anda telah gunakan untuk mereka karya anda. Sekiranya anda menggunakan nama samaran utama yang asal, nama samaran yang direka akan sepadan dengan nama pengguna anda. Sebagai contoh: sekiranya anda mencipta karya menggunakan nama samaran atau nama pengguna "awesomefangirl", selepas anda meyatimkan karya tersebut, byline akan membaca "awesomefangirl (orphan_account)". Walaupun nama samaran itu tidak lagi menghubungkan kembali ke akaun AO3 anda, pengguna mungkin masih dapat mengenali anda sebagai pencipta jika anda mempunyai nama samaran tersendiri.
Untuk maklumat lanjut tentang nama samaran, sila ke FAQ Nama Samaran.
Bagaimanakah cara saya meyatimkan sebuah karya yang saya telah menulis/mereka bersama-sama dengan orang lain?
Sebelum anda membuat keputusan untuk menyatimkan karya anda, sila pastikan anda mengetahui akibatnya. Rujuk kepada Apa itu Penyatiman? untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda boleh mengeluarkan diri anda sebagai pencipta atau meyatimkan karya tersebut untuk memutuskan hubungannya ke akaun anda. Walau apa pun yang anda pilih, pereka bersama anda tidak akan terjejas dan akan kekal sebagai pereka bersama bagi karya tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila ke Bagaimanakah cara saya meyatimkan karya saya?
Bagaimanakah cara saya meyatimkan satu karya dalam sebuah siri?
Sebelum anda membuat keputusan untuk meyatimkan karya anda, sila pastikan anda mengetahui akibatnya. Rujuk kepada Apa itu Penyatiman? untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda boleh meyatimkan karya anda mengikut arahan dalam Bagaimanakah cara saya meyatimkan karya saya? – byline pada karya akan membaca "orphan_account" atau "nama samaran anda (orphan_account)".
Sila ambil perhatian bahawa karya tersebut tidak akan dibuang dari siri—untuk ini anda mesti mengedit karya tersebut untuk mengeluarkannya dari siri sebelum menyatimkannya. Sebaik sahaja anda telah meyatimkan karya anda, anda tidak boleh lagi mengeditnya. Jika anda menyimpan karya ini sebagai sebahagian daripada siri ini, akaun orphan_account akan disenaraikan sebagai salah satu pereka siri ini.
Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke Bagaimanakah cara saya mengedit sebuah siri?
Bagaimanakah cara saya mendapatkan kembali karya saya sekiranya saya mengubah fikiran saya selepas meyatimkan sebuah karya?
Anda tidak boleh—penyatiman adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Tiada cara untuk anda menghubungkan semula karya tersebut ke akaun anda, dan kami tidak boleh melakukannya untuk anda. Sebuah karya yatim akan kekal dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dan dihubungkan kepada akaun orphan_account, serta tidak dapat diedit atau dipadamkan.
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi menghantar permintaan bantuan.