Archive FAQ > Profil

Apakah maklumat yang boleh didapati di profil saya?

Pada asalnya, profil anda mempunyai senarai nama samarandan tarikh anda menjadi ahli Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Walaupun maklumat-maklumat yang lain tidak perlu disertakan, anda boleh memasukkan maklumat yang lain.

Title (Tajuk)
Ini adalah apa yang anda mahu namakan profil anda. Contohnya, nama pengguna ataupun quote
Location (Lokasi)
Anda boleh memasukkan lokasi semasa anda, atau yang merujuk kepada fandom (contohnya Hogwarts, USS Enterprise dan lain-lain), atau apa jua yang anda pilih.
Date of Birth (Tarikh Lahir)
Di sini, anda boleh memasukkan tarikh lahir anda. Jika anda telah memilih "Show my date of birth to other people" (Paparkan tarikh lahir saya kepada orang lain) di Preferences (Pilihan) anda, pilihan tersebut akan muncul di dalam profil anda. Sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk saya memilih maklumat peribadi yang dipaparkan di profil saya?apabila membuat perubahan di tetapan privasi anda.
About Me (Biodata Saya)
Anda boleh memasukkan apa jua informasi tentang diri anda untuk para pengguna lain yang mungkin ingin mengetahui lebih banyak tentang diri anda atau di mana lagi yang anda boleh didapati. Biodata diri anda boleh mengandungi sebanyak 2000 karakter termasuk pemformatan HTML yang terhad. Sila rujuk kepada HTML on AO3 untuk mengenal pasti tag yang boleh didapati.

Sila ambil perhatian bahawa profil anda tertakluk kepada terma dan syarat yang sama seperti bahagian-bahagian yang lain di dalam laman tersebut. Sila juga ambil perhatian tentang perkara-perkara yang dibolehkan dan juga yang tidak dibenarkan di AO3. sila rujuk kepada Syarat-Syarat Pekhidmatan dan FAQ Syarat-Syarat Pekhidmatan untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah boleh saya menyunting profil saya?

Untuk menyunting profil:

  1. Log masuk kepada papan pemuka dengan memilih pautan “Hi (Hai), [nama pengguna]!” dan pilih “My Dashboard” (Papan Pemuka Saya) di menu.
  2. Pilih "Profile" (Profil) dari menu yang terdapat di bahagian tepi laman tersebut atau di bahagian atas di peranti mudah alih.
  3. Pilih "Edit My Profile" (Sunting Profil Saya) di bahagian bawah laman.
  4. Anda boleh mengubah apa-apa mengikut kehendak anda di borang “Edit My Profile” dan pilih butang “Update (Kemas Kini)” untuk menyimpan perubahan yang dilakukan.

Sila rujuk kepada Maklumat apakah yang boleh didapati di profil saya?untuk maklumat lanjut tentang maklumat yang anda boleh masukkan ke dalam profil anda.

Daripada butang di bahagian atas borang "Edit My Profile", anda boleh:

  • Menyunting nama samaran dan ikon asal
  • Mengubah nama pengguna
  • Mengubah kata laluan
  • Mengubah alamat e-mel anda yang digunakan untuk akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)

Untuk maklumat lanjut tentang nama samaran, sila rujuk kepada FAQ Nama Samaran.
Untuk maklumat tentang cara mengubah nama pengguna, kata laluan, atau alamat e-mel, sila rujuk kepada FAQ Akaun.

Siapakah yang boleh mengakses maklumat yang terdapat di profil saya?

Sesiapapun boleh mengakses maklumat yang terdapat di profil anda, sama ada mereka mempunyai akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) ataupun tidak. Walaupun begitu, hanya nama samaran anda dan tarikh di mana anda menjadi ahli AO3 termasuk di dalam profil anda dari asalnya. Anda boleh menetapkan berapa banyak maklumat yang anda ingin memasukkan ke dalam profil anda. Sila rujuk kepada Maklumat apakah yang terdapat di profil saya? untuk maklumat lanjut tentang pilihan anda.

Apakah itu ikon?

Ikon merupakan imej sebesar 100 kali 100 pixel yang mewakili anda secara visual di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Millik Kita). Ikon dipaparkan di laman Dashboard (Papan Pemuka), Profile (Profil), and Pseuds (Nama Samaran), blurb anda di bahagian hasil pencarian People Search (People Search), dan di bahagian tepi komen-komen yang anda tinggalkan. Untuk membantu para pengguna yang mempunyai pembaca skrin atau apabila imej tersebut tidak dapat dilihat, sila meletakkan keterangan ringkas tentang ikon anda di bahagian "Alternative text" (Teks alternatif)

Berapa banyak ikon yang boleh saya miliki?

Anda boleh memuat naik satu ikon untuk setiap nama samaran anda. Sila rujuk kepada Bagaimanakan cara saya memuat naik atau mengubah ikon?untuk cara-cara membuat demikian.

Apakah sekatan yang berkaitan dengan ikon?

Terdapat beberapa sekatan yang anda perlu pertimbangkan apabila memuat naik ikon.

Dimens:
Ikon mestilah mempunyai dimensi 100 kali 100 pixel. Anda boleh memuat naik imej yang lagi besar atau kecil, tetapi imej tersebut akan disaiz semula kepada 100 kali 100 pixel.
Saiz:
Saiz fail ikon tidak boleh melebihi 512 kilobyte.
Format:
Imej mestilah dalam format jpeg, png, bmp, or gif.
Kandungan:
Syarat-Syarat Perkhidmatan kami menyatakan bahawa ikon-ikon ‘tidak boleh mengandungi gambaran genital atau aktiviti seksual yang eksplisit’Syarat-Syarat Perkhidmatan dan FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan.
Jumlah ikon:
Anda boleh memuat naik satu ikon untuk satu nama samaran. Sila rujuk kepada FAQ Nama Samaranuntuk maklumat lanjut tentang cara menambah atau menyunting ikon.
Hak Cipta:
Ikon tertakluk kepada polisi hak cipta kami. Sila rujuk kepada bahagian Hak Cipta dan Tanda Dagangandi Terma dan Syarat kami untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara saya memuat naik atau mengubah ikon saya?

Untuk memuat naik atau mengubah ikon mana-mana nama samaran,

  1. Log masuk dan pergi ke Papan Pemuka anda dengan memilih "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan memilih “My Dashboard” (Papan Pemuka Saya) di menu atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih “Profile” (Profil) di menu yang terdapat di bahagian tepu laman atau di bahagian atas di peranti mudah alih.
  3. Pilih "Manage My Pseuds" (Mengurus Nama Samaran) di bahagian bawah laman.
  4. Tentukan nama samaran yang anda hendak memuat naik atau mengubah ikon dan pilih butang "Edit" (Sunting). Sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya menambah nama samaran yang baharu? jika anda memerlukan bantuan untuk membuat nama samaran.
  5. Tentukan ikon yang dikehendaki di dalam komputer di kotak dialog. Sila ambil perhatian bahawa imej tersebut mesti berada di komputer anda. Anda tidak boleh memuat naik atau memberikan pautan ikon yang tiada di komputer anda.
  6. Tambahkan keterangan di bahagian "Icon alt text:" (Teks ikon alt), jika dikehendaki. Tujuan teks alt adalah untuk menyediakan teks alternatif kepada imej, yang memberikan keterangan tentang kandungan yang terdapat di imej tersebut jika imej tidak dipaparkan atau kepada pengguna pembaca skrin. Teks ikon alt terhad kepada 250 karakter.
  7. Tambahkan atribusi atau apa-apa komen di bahagian "Icon comment text" (Teks komen ikon), sehingga 50 karakter jika dikehendaki. Buat masa kini, apa-apa yang dimasukkan di bahagian ini tidak dipaparkan di laman AO3.
  8. Pilih "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah borang tersebut.

Imej yang baharu sepatutnya sudahpun dipaparkan di kotak yang berada di sebelah nama pengguna anda.

Sila rujuk kepada Apakah sekatan yang berkaitan dengan ikon? untuk maklumat lanjut tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh memuat naik.

Bagaimanakan cara saya memadam ikon?

Untuk memadam ikon nama samaran anda,

  1. Log masuk dan pergi ke Papan Pemuka anda dengan memilih "Hi (Hai), [nama pengguna]!" dan memilih “My Dashboard” (Papan Pemuka Saya) di menu atau dengan memilih imej profil anda.
  2. Pilih "Manage My Pseuds" (Uruskan Nama Samaran) di bahagian bawah laman.
  3. Pilih nama samaran yang anda hendak memadam ikonnya dan pilih "Edit" (Edit).
  4. Sila ke bahagian “Icon” (Ikon) dan pilih kotak semak "Delete your icon and revert to our default" (Padamkan ikon dan kembalikan kepada yang asal).
  5. Jika anda sudah pasti, pilih "Update" (Kemas Kini) di bahagian bawah borang tersebut.

Ikon anda akan dikembalikan kepada yang asal: versi kelabu logo Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.