Archive FAQ > Siri

Apa itu siri?

Siri adalah satu set karya yang ditulis oleh pereka yang dikumpul bersama, biasanya kerana mereka membentuk urutan atau berkongsi alam semesta yang sama. Apabila karya-karya diterbitkan sebagai sebuah siri, mereka boleh disusun mengikut urutan menggunakan pautan yang muncul dalam setiap karya. Semua karya dalam sebuah siri turut disenaraikan di halaman indeks siri tersebut. Halaman indeks boleh diakses menerusi pautan pada setiap halaman karya individu atau pautan "Series" (Siri) pada papan pemuka pereka.

Siri adalah berbeza daripada koleksi. Sebuah siri adalah milik pereka tunggal atau beberapa pereka bersama, manakala sesiapa sahaja boleh menghantar karya ke dalam koleksi. Di samping itu, karya-karya dalam koleksi tidak mempunyai susunan khusus, sementara karya dalam sebuah siri mempunyai susunan yang ditentukan oleh pereka. Sila rujuk kepada FAQ Koleksi dan Cabaran untuk maklumat lanjut mengenai koleksi.

Sekiranya anda menerbitkan beberapa bahagian yang berkaitan, anda boleh membuat keputusan sama ada anda ingin menerbitkannya sebagai sebuah siri karya atau sebagai satu bab di dalam karya berbilang bab. Sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk menambah bab baru kepada sesebuah karya? untuk maklumat lanjut tentang cara menerbit karya berbilang bab.

Bagaimanakah cara untuk mencari karya-karya lain dalam sebuah siri?

Untuk bergerak di antara karya dalam sebuah siri, anda boleh menavigasi secara jujukan atau menggunakan halaman indeks sebuah siri.

Untuk mengemudi secara jujukan, gunakan pautan "← Previous Work" (Karya Sebelumnya) dan "Next Work →" (Karya Selepasnya) yang muncul di dalam setiap karya. Pautan ini berada di blurb yang muncul pada awal setiap bab dan pada hujung bab terakhir sebuah karya apabila terdapat karya lain dalam siri tersebut.

Berikut merupakan contoh bagaimana navigasi siri akan dipaparkan pada hujung bab terakhir bagi sebuah karya termasuk terjemahannya bagi rujukan anda:

Series this work belongs to:
← Previous Work • Part 2 of the Epic Saga series • Next Work →

Dalam Bahasa Malaysia:

Karya ini berada dalam siri:
← Karya Sebelumnya • Bahagian 2 siri Epic SagaKarya Selepasnya →

Untuk menggunakan laman indeks sebuah siri, tekan pautan tajuk siri yang terdapat di:

  • mana "← Karya Sebelumnya" dan “Karya Selepasnya →" boleh dijumpai
  • di bawah ringkasan karya apabila berada di laman carian karya
  • dalam blurb yang berada pada awal setiap karya

Apabila berada di laman indeks siri, anda boleh menavigasi ke mana-mana karya yang terdapat di dalam siri tersebut.

Bagaimanakah cara tag, amaran dan taraf sebuah siri ditentukan?

Apabila maklumat tentang sebuah siri dipaparkan di sebuah laman indeks (seperti laman yang memaparkan semua siri seorang pereka, atau dalam laman hasil carian), tag-tag (termasuk fandom, watak, hubungan dan sebarang tag tambahan) dan amaran akan menjadi agregat karya dalam siri tersebut. Sebagai contoh, sekiranya sebuah siri mengandungi satu karya dengan amaran "No Archive Warnings Apply" (Tiada Amaran Berkaitan) dan ditag dengan "teh" dan satu lagi karya mengandungi amaran "Graphic Depictions of Violence" (Keganasan Grafik) dan ditag dengan "menunggang kuda", siri tersebut akan mengandungi amaran "Tiada Amaran Dinyatakan" dan "Keganasan Grafik", dan ditag dengan "teh" dan "menunggang kuda".

Taraf sebuah siri akan sama seperti taraf karya yang paling eksplisit di antara karya-karya dalam siri tersebut. Oleh itu, sekiranya sebuah siri mengandungi satu karya yang bertaraf "Mature" (Matang) dan karya lain bertaraf "Explicit" (Eksplisit), siri tersebut akan ditarafkan sebagai "Eksplisit".

Siapakah yang akan dipaparkan sebagai pereka sebuah siri?

Bidang "Creator(s)" (Pereka) untuk sebuah siri akan menyenaraikan semua pengguna yang telah ditetapkan sebagai co-pereka siri tersebut, tidak kira sama ada pengguna itu telah menerbitkan sebarang karya untuk siri tersebut atau tidak. Untuk maklumat lanjut tentang pengendalian co-pereka siri, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk saya menambah atau mengeluarkan co-pereka siri?.

Bagaimanakah cara untuk saya mencipta siri baru?

Sila rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk saya menambah karya kepada sebuah siri?.

Bagaimanakah cara untuk saya menambah karya kepada sebuah siri?

Anda boleh menambah karya baru kepada sebuah siri ketika anda menerbitkan karya tersebut. Di laman Post New Work (Terbitkan Karya Baru), cari bahagian "Associations" (Perhubungan) dan pilih "This work is part of a series" (Karya ini adalah sebahagian sebuah siri). Anda boleh menambah karya tersebut kepada siri yang sedia ada dengan memilihnya dari menu, atau mencipta siri baru dengan memasukkan nama siri baru dalam bidang yang disediakan.

Untuk menambah karya yang sedia ada pada sebuah siri, pergi ke laman Edit Work (Edit Karya) dan ikut arahan yang sama seperti di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mengedit dan menerbitkan karya, rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk saya menerbitkan karya baru? dan Bagaimanakah cara untuk saya mengedit sebuah karya?.

Bolehkah saya menambah karya kepada siri berlainan?

Anda boleh menambah sebuah karya ke beberapa siri yang berlainan. Selepas karya telah diterbitkan, anda boleh menekan butang "Edit" (Edit) dan memilih satu siri tambahan, seperti yang diterangkan dalam Bagaimanakah cara untuk saya menambah karya kepada sesebuah siri? Anda boleh mengulang seberapa banyak kali yang anda inginkan. Semua siri yang berkaitan dengan karya tersebut akan disenaraikan di bawah kotak semak "This work is part of a series" (Karya ini adalah sebahagian sebuah siri).

Bolehkah saya menerbitkan sebuah siri yang belum lengkap?

Ya. Walaupun anda hanya menerbitkan karya pertama dalam siri yang dirancang, anda masih boleh memilih "This work is part of a series" (Karya ini adalah sebahagian sebuah siri) dan mencipta siri baru untuk menyimpannya (rujuk Bagaimanakah cara untuk saya menambah karya kepada sebuah siri?). Dengan berbuat demikian, anda akan membolehkan peminat anda untuk mengikuti siri ini serta dimaklumkan apabila anda menerbitkan karya baru. (Rujuk kepada Bagaimanakah cara untuk saya mengikuti atau berhenti mengikuti sebuah karya atau siri).

Rujuk juga kepada Bagaimanakah cara untuk saya menanda sebuah siri sebagai lengkap?.

Bagaimanakah cara untuk saya memindah keluar karya dari sebuah siri?

Untuk memindah keluar sebuah karya dari sebuah siri, anda perlu pergi ke laman Edit Work (Edit Karya) karya yang ingin anda keluarkan. Dalam bahagian Associations (Perhubungan), di bawah "This work is part of a series" (Karya ini adalah sebahagian sebuah siri), cari bahagian yang bernama "Current Series" (Siri Semasa). Cari barisan butang yang sepadan dengan siri dari mana anda mahu mengeluarkan karya dan pilih "Remove" (Keluarkan). Sila ambil maklum bahawa tindakan ini akan segera membawa anda kembali ke halaman utama siri tersebut, dan sebarang perubahan lain yang telah anda buat pada halaman Edit Karya tidak akan disimpan.

Bagaimanakah cara untuk saya mengedit siri?

Setiap siri mempunyai laman Edit Series (Edit Siri), yang anda boleh mengakses sama ada melalui halaman indeks siri atau dengan menggunakan pautan "Series" (Siri) di Dashboard (Papan Pemuka) anda. Dalam laman Edit Siri, anda boleh mengedit bidang tajuk, keterangan dan nota untuk siri tersebut. Jika anda mempunyai lebih daripada satu nama samaran, anda boleh menentukan nama samaran yang mana anda ingin kaitkan dengan siri ini. Anda juga boleh menambahkan co-pereka, dan anda boleh menandakan sama ada siri tersebut lengkap atau tidak.

Bagaimanakah cara untuk saya menambah atau mengeluarkan co-pereka siri?

Supaya lebih daripada satu pengguna boleh menerbit karya ke sebuah siri, mana-mana pereka tambahan perlu ditetapkan sebagai co-pereka. Untuk menjadikan seseorang co-pereka, pergi ke laman Edit Series (Edit Siri ) dan pilih kotak semak "Add co-authors" (Tambahkan Co-pereka). Masukkan nama pengguna atau nama samaran co-pereka anda dalam bidang yang disediakan. Anda boleh menggunakan cadangan autolengkap untuk memastikan anda mendapat nama pengguna atau nama samaran yang betul. Sekiranya co-pereka anda mempunyai pelbagai nama samaran, semua nama samaran mereka akan dipaparkan sebagai pilihan autolengkap. Tidak kira, mana-mana nama samaran yang anda pilih sebagai co-pereka, pengguna itu akan dapat mengakses halaman Edit Siri, di mana mereka boleh menukar nama samaran yang berkaitan jika perlu. Sekiranya anda telah memasukkan nama pengguna atau nama samaran yang salah, anda boleh mengeluarkannya dengan hanya memilih "x" di tepi nama mereka.

Sebaik sahaja anda pasti anda telah memasukkan nama samaran yang betul, pilih butang "Update” (Kemas Kini) di bahagian bawah laman untuk menyimpan perubahan. Sebelum menekan butang Kemas Kini, adalah penting untuk memastikan anda menambahkan pengguna yang betul kerana anda tidak boleh mengeluarkan semula co-pereka dari satu siri. Satu-satunya cara untuk mengeluarkan co-pereka adalah untuk pengguna tersebut mengeluarkan nama mereka sendiri, seperti yang diterangkan dalam Bagaimanakah cara saya mengeluarkan nama saya sebagai pereka sebuah siri?. Sekiranya anda silap menambahkan co-pereka dan anda tidak tahu bagaimana untuk menghubungi mereka untuk mengeluarkan nama mereka, anda boleh menggunakan Support and Feedback form (borang Bantuan dan Maklum Balas) untuk meminta bantuan.

Seperti juga dengan pereka karya-karya, semua co-pereka siri perlu mempunyai akaun di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Untuk maklumat lanjut tentang nama samaran, rujuk kepada FAQ Nama Samaran.

Bagaimanakah cara saya menandakan sebuah siri sebagai lengkap?

Dalam laman Edit Series (Edit Siri), pilih kotak semak "This series is complete" (Siri ini lengkap) di bahagian bawah laman tersebut, kemudian pilih butang "Update" (Kemas Kini). Ini akan memaparkan siri tersebut sebagai "Complete: Yes" (Lengkap: Ya) pada laman indeks siri tersebut.

Bagaimanakah cara saya memadam sebuah siri?

Anda boleh memadam sebuah siri menggunakan butang "Delete Series" (Padamkan Siri) di laman indeks siri tersebut atau di laman Edit Series (Edit Siri). Sekiranya pelayar web anda menyokong JavaScript, pilihan butang ini akan membawa kemunculan sebuah tetingkap timbul pengesahan; pilih "OK" (OK) untuk terus memadam siri anda. Karya-karya yang merupakan sebahagian dari siri tersebut tidak akan dipadam, tetapi mereka tidak lagi akan dipaparkan sebagai siri. Untuk maklumat lanjut bagaimana memadam karya itu sendiri, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya memadam sebuah karya ?.

Bagaimanakah cara untuk saya mengubah urutan karya dalam sebuah siri?

Anda boleh mengubah urutan karya-karya dalam sebuah siri menggunakan butang "Reorder Series" (Susun Semula Siri) dalam indeks siri atau laman Edit Series (Edit Siri). Di sini, anda boleh seret dan letak karya-karya untuk menyusun mereka semula, sekiranya pelayar web anda menyokong cara ini. Sekiranya tidak, terdapat kotak-kotak pada sebelah kiri tajuk karya-karya tersebut, di mana anda boleh memasukkan numbur untuk menunjukkan urutan yang dikehendaki. Apabila anda sudah habis menyusun semula, tekan butang "Update Positions" (Kemas Kini Kedudukan).

Bagaimanakah cara saya meyatimkan sebuah siri?

Anda boleh meyatimkan sebuah siri menggunakan butang "Orphan Series" (Yatimkan Siri) dalam indeks siri atau laman Edit Series (Edits Siri). Sila perhatikan bahawa bahawa tindakan ini adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan—anda menyerahkan kawalan anda ke atas siri ini, termasuk keupayaan untuk mengedit atau memadam siri atau mana-mana karya di dalamnya, dan anda tidak dapat menuntut ia semula. Untuk maklumat lanjut tentang penyatiman, rujuk kepada FAQ Penyatiman. Apabila anda memilih "Yatimkan Siri" dan siri tersebut mempunyai lebih daripada satu pereka, maklumat anda akan dikeluarkan dari siri tersebut dan karya berkaitan, tetapi nama pereka lain akan kekal.

Bagaimanakah cara saya mengeluarkan nama saya sebagai pereka sebuah siri?

Sekiranya anda disenaraikan sebagai pereka siri, anda boleh mengeluarkan nama anda dari kedua-dua siri dan mana-mana karya di dalam siri tersebut. Di indeks atau laman Edit Series (Edit Siri), gunakan butang yang dilabel "Remove Me As Author" (Keluarkan Saya Sebagai Pengarang). Ini akan memadamkan anda sebagai co-pereka semua karya dalam siri tersebut. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak akan berfungsi sekiranya anda merupakan satu-satunya pereka dalam siri ini.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mengeluarkan nama anda sebagai co-pereka sebuah karya individu, sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya menambah atau mengeluarkan co-pereka?.

Sekiranya anda ingin mengeluarkan diri anda sebagai pereka tunggal sebuah siri, anda hanya mempunyai satu pilihan: yatimkan siri anda. Rujuk kepada Bagaimanakah cara saya meyatimkan sebuah siri? dan FAQ Penyatiman.

Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?

Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.