Bagaimanakah cara mencipta akaun?
Untuk mencipta akaun, anda memerlukan kod atau pautan jemputan (rujuk kepada FAQ Jemputan untuk maklumat lanjut). Apabila anda menerima e-mel jemputan, gunakan pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut untuk ke laman penciptaan akaun. Sekiranya anda diberi pautan jemputan daripada pengguna yang lain, pautan tersebut patut membawa anda ke laman yang betul. Jika anda diberi kod biasa (sebuah siri nombor dan huruf), sila rujuk kepada Bagaimanakah cara saya menggunakan kod jemputan yang bukan sebuah pautan?
Adakah nama pengguna saya akan dipaparkan secara awam?
Ya, jadi pastikan anda memilih sesuatu nama yang anda gemar untuk dikenali oleh pengguna yang lain. Walaupun anda boleh menggunakan Pseuds (Nama Samaran), (rujuk kepada FAQ Nama Samaran) untuk menerbitkan karya di bawah nama yang berbeza di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), nama pengguna anda akan dipamerkan secara awam di sebelah nama samaran anda. Gabungan akan muncul dalam format berikut:
Nama samaran (Nama pengguna)
Apakah jenis aksara yang dibenarkan dalam nama pengguna akaun saya?
Anda boleh menggunakan huruf, nombor, dan tanda garis bawah ( _ ) dalam nama pengguna anda. Disebabkan oleh keperluan teknikal Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), nama pengguna hanya boleh dicipta menggunakan skrip asas Latin tanpa jarak atau diacritics (tanda yang diletakkan di atas atau dibawah huruf yang mengubahkan sebutannya), dan juga tanpa menggunakan tanda baca seperti tanda noktah atau tanda koma. Nama pengguna anda perlu mula dan akhir dengan sebuah huruf atau nombor, dan perlu sekurang-kurangnya 3 aksara panjang dan tidak melebihi 40 aksara panjang.
Senarai aksara yang dibenarkan: Aa, Bb, Cc, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Kk, Ll, Mm, Nn, Oo, Pp, Qq, Rr, Ss, Tt, Uu, Vv, Ww, Xx, Yy, Zz, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, _.
Sekiranya anda inginkan lebih fleksibiliti seperti ruang kosong atau aksara unik, anda boleh mencipta Nama Samaran (rujuk kepada FAQ Nama Samaran). Harap maklum bahawa walaupun anda menggunakan nama samaran, nama pengguna anda akan dipaparkan secara awam di sebelah nama samaran (format adalah seperti berikut : "Nama Samaran (Nama Pengguna)"), jadi pastikan anda memilih nama samaran yang anda gemar dipanggil.
Bagaimanakah cara untuk mengesahkan akaun saya?
Selepas anda mencipta akaun, anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun tersebut. Ikuti pautan dalam e-mel yang diterima untuk mengesahkan dan mengaktifkan akaun baru Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda. Sekiranya anda tidak mengesahkan akaun anda dalam tempoh 14 hari selepas penciptaannya, pendaftaran anda akan luput dan anda perlu melalui proses pendaftaran semula. Untuk maklumat lanjut mengenai jemputan, sila rujuk kepada FAQ Jemputan.
Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengaktifan dalam tempoh beberapa jam selepas pendaftaran, sila semak penapis spam e-mel anda. Sekiranya anda masih belum menerima e-mel tersebut, sila hubungi Bantuan dan minta pertolongan mereka untuk mengaktifkan akaun anda. Apabila menghubungi Bantuan, sila nyatakan e-mel yang didaftarkan dengan akaun anda. Untuk memastikan notifikasi AO3 tidak dihalang oleh server e-mel anda, anda boleh menyenaraikan [email protected] dalam safelist e-mel anda.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengesyaki bahawa akaun saya telah digodam?
Sekiranya anda mengesyaki bahawa terdapat seseorang menggunakan akaun anda tanpa izin, anda perlu menukar kata laluan anda secepat mungkin dan hubungi Aduan untuk mengelakkan akaun anda daripada digunakan untuk tujuan yang tidak diingini.
Bagaimanakah cara untuk menukarkan e-mel yang didaftarkan dengan akaun saya?
Anda boleh menukar e-mel yang didaftarkan dengan akaun anda pada laman Edit Profile (Edit Profil) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk, dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi (Hai!), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
- Pilih "Profile" (Profil) daripada menu yang didapati di tepi laman atau sebelah atas peranti mudah alih.
- Tekan butang "Edit My Profile" (Edit Profil Saya), yang boleh didapati di bahagian bawah profil anda.
- Tekan butang "Change Email" (Tukar E-mel), yang merupakan pilihan terakhir di bawah pengepala laman.
- Masukkan e-mel baharu dalam bidang "New Email" (E-mel Baharu) dan "Confirm New Email" (Sahkan E-mel Baharu).
- Masukkan kata laluan anda dalam bidang "Password" (Kata Laluan).
- Tekan butang "Change Email" untuk mengesahkan perubahan. Anda akan menerima e-mel pada alamat e-mel lama anda yang memberitahu anda mengenai perubahan yang dibuat.
Bagaimanakah cara untuk mengubah kata laluan saya?
Anda boleh mengubah kata laluan bagi akaun anda di laman Edit Profile (Edit Profil) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk, dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilh "Hi (Hai!), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilih imej profil anda.
- Pilih "Profile" (Profil) daripada menu yang boleh didapati di tepi laman atau di sebelah atas peranti mudah alih.
- Tekan butang "Edit My Profile" (Edit Profil Saya), yang boleh didapati pada bahagian bawah profil anda.
- Tekan butang "Change Password" (Ubah Kata Laluan).
- Masukkan kata laluan baharu dalam bidang "New Password" (Kata Laluan Baharu) dan "Confirm New Password" (Sahkan Kata Laluan Baharu).
- Masukkan kata laluan semasa anda dalam bidang "Old Password" (Kata Laluan Lama).
- Tekan butang "Change Password" di bahagian bawah borang untuk mengesahkan perubahan.
Bagaimanakah boleh saya mengubah nama pengguna saya?
Sebelum mengubah nama pengguna anda, harap maklum bahawa pautan daripada nama pengguna lama anda tidak akan dimajukan secara automatik kepada nama pengguna baharu anda. Pautan kepada karya individu anda mengandungi name pengguna anda maka pautan tersebut tidak akan putus, namun sebarang pautan ke laman Dashboard (Papan Pemuka), Profile (Profil), Works (Karya), Series (Siri), dan laman anda yang lain akan putus, kerana nama pengguna anda adalah sebahagian daripada URL (pautan). Mencipta nama samaran tidak akan membangunkan masalah yang sama.
Untuk mengubah nama pengguna anda:
- Log masuk, dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi (Hai!), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilh imej profil anda.
- Pilih "Profile" (Profil) daripada menu yang boleh didapati di tepi laman atau sebelah atas peranti mudah alih.
- Pilih "Edit My Profile" (Edit Profil Saya), yang boleh didapati pada bahagian bawah profil anda.
- Tekan butang "Change User Name" (Ubah Nama Pengguna), yang terletak di bahagian atas laman Edit My Profile (Edit Profil Saya).
- Lengkapkan borang dengan nama pengguna dan kata laluan baharu anda.
- Tekan butang "Change User Name" untuk mengesahkan perubahan.
Nama pengguna perlulah unik. Anda tidak dibenarkan menggunakan nama pengguna yang telah dipilih oleh orang lain. Sekiranya terdapat seseorang yang memilih nama pengguna yang anda minat, anda dinasihati supaya mempertimbangkan penggunaan nama samaran (rujuk kepada Pseuds FAQ.
Namun, anda boleh mengubah penghurufbesaran nama pengguna semasa anda tanpa mengubah alamat web nama pengguna anda. Sebagai contoh, sekiranya nama pengguna semasa anda ialah "superfan", anda boleh menamakan semula nama pengguna anda kepada "Superfan", "SuperFan", ataupun "SuPeRfAn", tanpa memutuskan sebarang pautan. Apabila membuat perubahan penghurufbesaran, pastikan pelayar anda tidak menyimpan perubahan penghurufbesaran anda yang lepas–terdapat sesetengah pelayar yang akan mengubah nama pengguna anda secara automatik kepada yang asal apabila anda cuba mengemas kininya.
Untuk mengetahui dengan tepat bagaimana perubahan nama pengguna akan mempengaruhi karya anda, penanda laman dan bahagian lain akaun anda, sila lihatBagaimanakah dengan mengubah nama pengguna saya boleh menjejas akaun saya?
Bagaimanakah dengan mengubah nama pengguna saya boleh menjejas akaun saya?
Mengubah nama pengguna anda akan:
- Mengubah nama pengguna pada keseluruhan karya dan penanda laman anda.
- Mengubah nama pengguna anda pada keseluruhan komen dan kudos yang anda tinggalkan pada seluruh laman.
- Mengubah nama samaran asal anda.
- Memutus pautan pada laman profil anda kerana URL tersebut mengandungi nama pengguna anda.
- Memutus pautan pada senaraian karya anda kerana URL tersebut mengandungi nama pengguna anda.
- Memutus pautan lain yang mengandungi nama pengguna anda. Seperti archiveofourown.org/users/$NAMAPENGGUNA/series.
Mengubah nama pengguna anda tidak akan:
- Memutus pautan pada karya individu, koleksi atau cabaran anda kerana pautan terusnya tidak mengandungi nama pengguna anda. Sebagai contoh, salah satu pautan karya anda mungkin berstruktur seperti ini: archiveofourown.org/works/12345678.
- Mengubah nama pengguna dengan segara di senarai carian internet seperti Google, Bing, atau Yahoo.
- Memadam karya, penanda laman, langganan, sejarah, atau kandungan lain yang anda telah cipta di Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita).
Sila gunakan ciri-ciri ini dengan berhati-hati. Harap maklum bahawa perubahan kepada nama pengguna anda mungkin mengambil beberapa hari atau lebih untuk muncul. Sekiranya nama pengguna pada karya, penanda laman, koleksi, dan lain-lain tidak berubah selepas seminggu, sila hubungi Bantuan.
Bagaimanakah cara untuk memulihkan nama pengguna atau kata laluan saya yang hilang?
Anda boleh memulihkan kata laluan anda jika hilang melalui borang pemulihan kata laluan. Anda mesti memasukkan sama ada nama pengguna atau e-mel anda yang didaftarkan dengan akaun anda dalam bidang yang berkaitan dan tekan butang "Reset Password" (Tukar Semula Kata Laluan). Sekiranya anda terlupa nama pengguna anda, memasukkan alamat e-mel anda akan mendapatkannya semula serta menetapkan semula kata laluan anda. Maklumat anda akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan dengan akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda. Sekiranya anda kehilangan akses kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun AO3 anda, maka sila hubungi Bantuan untuk pertolongan.
Bagaimanakah cara untuk memadamkan akaun saya?
Memadamkan akaun anda akan mengeluarkan karya-karya anda dari Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Sekiranya anda ingin memadamkan akaun anda tetapi ingin menyimpan karya-karya anda dalam talian, sila mempertimbangkan untuk menyatimkan karya-karya anda (rujuk kepada FAQ Penyatiman ). Anda boleh memadamkan akaun anda di laman Profile (Profil) anda seperti berikut:
- Log masuk, dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hi (Hai!), [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu, atau dengan memilh imej profil anda.
- Pilih "Profile" (Profil) daripada menu.
- Tekan butang "Delete Account" (Padam Akaun) yang terdapat di bahagian bawah profil anda. Harap maklum bahawa ini adalah tindakan kekal. Tiada cara untuk memulihkan akaun yang telah dipadam.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang karya, anda akan ditanya jika anda ingin menyatimkan atau memadamkan karya-karya tersebut.
Untuk mengetahui bagaimana pemadaman akaun anda akan menjejas komen dan kudos yang telah anda tinggalkan, rujuk kepada Apakah akan berlaku kepada komen-komen yang telah saya tinggalkan apabila saya memadam akaun saya? dan Apakah yang akan berlaku kepada kudos yang telah saya tinggalkan apabila saya memadam akaun saya? pada FAQ Komen dan Kudos.
Bagaimanakah cara untuk menolak hadiah?
Log masuk dan pergi ke papan pemuka anda dengan memilih "Hai, [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu atau dengan memilih imej profil anda. Pilih "Gifts" (Hadiah) daripada menu yang boleh dijumpai di bahagian tepi laman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Ini akan membawa anda ke senarai hadiah.
Pilih butang "Refuse Gift" (Tolak Hadiah) di bawah mana-mana karya untuk menolaknya. Karya tersebut masih boleh diakses di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), tetapi ia tidak akan berada di senarai hadiah, dan ia tidak akan mempunyai nama pengguna anda sebagai penerima sama ada di blurb karya atau di bahagian hadiah di nota karya tersebut.
Pereka karya tidak akan dimaklumkan sekiranya anda menolak hadiah, dan karya tersebut tidak boleh dihadiahkan kepada anda lagi.
Sekiranya anda ingin dimaklumkan apabila anda menerima hadiah, lihat Bagaimana saya hendak menukar cara saya menerima pemberitahuan? Sekiranya anda ingin menerima hadiah yang anda pernah menolak, rujuk kepada Adakah cara untuk menerima hadiah selepas menolaknya?
Adakah cara untuk menerima hadiah selepas menolaknya?
Ya. Log masuk dan pergi ke papan pemuka dengan memilih "Hai, [nama pengguna]!" dan pilih "My Dashboard" (Papan Pemuka Saya) daripada menu atau dengan memilih imej profil anda. Pilih "Gifts" (Hadiah) daripada menu yang boleh dijumpai di bahagian tepi laman atau di bahagian atas peranti mudah alih. Ini akan membawa anda ke senarai hadiah.
Dari situ, pilih butang "Refused Gifts" (Hadiah yang Ditolak). Ini akan membawa anda ke senarai hadiah yang telah anda tolak. Untuk mengubah penerimaan hadiah, pilih butang "Accept Gift" (Terima Hadiah) di blurb karya. Karya tersebut akan dipindahkan di senarai hadiah yang diterima, dan nama pengguna anda sekali lagi akan disenaraikan sebagai penerima di blurb karya dan nota.
Pereka karya tidak akan dimaklumkan sekiranya anda menerima hadiah yang sebelumnya ditolak.
Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menolak hadiah, lihat Bagaimanakah cara untuk menolak hadiah?
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab dalam FAQ ini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah dijawab dalam FAQ AO3 dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Bantuan.