Post Header
Dari kira-kira 12 tengah hari UTC pada 10 Julai 2023, hingga 4 petang UTC pada 11 Julai, sebahagian besar Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak dapat diakses disebabkan oleh a href="https://en.wikipedia.org/wiki/Denial-of-service_attack">serangan denial-of-service (DDoS) yang diedarkan. Kami telah membuat beberapa perubahan pada persediaan teknikal AO3 untuk menghadapi ancaman ini.
Serangan ini masih berlangsung, tetapi kami melakukan segala yang kami mampu untuk mengekalkan AO3 dengan gangguan yang minimum. Kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk serangan ini atau motivasi mereka. Sebuah kumpulan dalam talian telah mengaku bahawa mereka bertanggungjawab, tetapi kami tidak ada sebab untuk mempercayai dakwaan ini. Menurut beberapa pakar keselamatan siber, mereka bukan sumber maklumat yang boleh dipercayai dan mereka menyalahgambarkan gabungan dan motif mereka. Jika anda melihat sebarang tuntutan daripada kumpulan ini, atau daripada orang lain yang mendakwa mereka tahu siapa yang bertanggungjawab, kami mengesyorkan agar anda melayan mereka secara was-was. Selain itu, kami menggesa anda untuk tidak terlibat dalam retorik kebencian terhadap mana-mana kumpulan yang mereka dakwa atau dilaporkan mewakili.
Kami telah melakukan yang terbaik untuk memberikan kemas kini pantas semasa situasi ini berlaku di Twitter AO3_Status dan Tumblr ao3org. Walau bagaimanapun, kami tahu bahawa tidak semua orang mengikuti akaun tersebut atau boleh mengakses kemas kini ini, jadi inilah yang anda perlu tahu:
- Tiada data AO3 telah terjejas. Anda tidak perlu risau tentang kata laluan atau maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, jika anda masih mahu berbuat demikian, FAQ kami mempunyai arahan untuk menukar kata laluan anda atau mengemas kini e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.
- Kami telah mencuba beberapa kaedah mitigasi dan menyekat serta perubahan tetapan yang berbeza untuk menentang serangan. Ini mengembalikan akses kepada laman web ini, tetapi tidak mencukupi untuk menahan serangan. Akhirnya, kami melaksanakan mod Di Bawah Serangan Cloudflare sebagai penyelesaian sementara—dan amat berkesan. Cloudflare ialah perkhidmatan yang menyediakan keselamatan tambahan antara pelayan kami dan internet. Mod Di Bawah Serangan tidak akan menjadi bahagian tetap persediaan AO3. Semua kandungan kekal pada pelayan kami.
- Anda mungkin melihat Cabaran Captcha apabila anda mengakses halaman AO3. Itu berlaku supaya AO3 boleh memastikan anda seorang manusia dan bukan robot. Kami tahu ia menjengkelkan, dan kami minta maaf! Kami juga tahu beberapa penyemak imbas dan peranti lama tidak dapat mengakses AO3 pada masa ini. Langkah-langkah ini adalah sementara dan akan dinilai semula setelah serangan dihentikan.
- Selain AO3, kedua-dua tapak web OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan borang derma kami (yang dihoskan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga) turut disasarkan. Kami sedang berusaha untuk mengembalikan laman web itu juga, tetapi disebabkan dermaan kami adalah melalui perkhidmatan pihak ketiga, kami tidak dapat meramalkan bila pihak penderma akan dapat mengaksesnya.
- Semasa borang derma kami tidak dapat diakses, seorang penipu cuba menyamar sebagai akaun @AO3_Status di Twitter untuk mendapatkan wang daripada peminat dengan alasan palsu, tetapi akaun mereka kini telah digantung. Sila berhati-hati dengan sebarang usaha untuk mendapatkan derma untuk OTW atau projek-projeknya pada masa ini, kerana penipu lain mungkin sedang bekerja. Kami hanya boleh menerima derma melalui laman web kami setelah laman tersebut sudah boleh diakses.
- Buat masa kini, kami telah melumpuhkan borang Bantuan & Maklum Balas dan halaman Soalan Polisi & Laporan Aduan. Bahagian kedua ini khususnya disasarkan dengan kemasukan spam yang banyak sebagai sebahagian daripada serangan itu. Itulah sebabnya borang itu mempunyai amaran keselamatan "Sorry, you have been blocked" (Maaf, anda telah disekat). Jika anda melihatnya, sila jangan risau; anda sebenarnya tidak disekat!
- Kami telah mematikan permintaan jemputan untuk akaun AO3 baharu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pengirim spam. Jika anda sudah mempunyai jemputan, anda masih boleh menggunakannya untuk membuat akaun. Jika anda berada dalam baris gilir dan menunggu jemputan, ia akan mengambil masa beberapa hari. Kami akan memberitahu anda di Twitter dan Tumblr apabila kami mula menghantar jemputan sekali lagi.
- Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu? Teruskan menyemak imbas AO3 seperti biasa. Berikan kudos dan tandakan karya masing-masing seperti yang biasa anda lakukan, terbitkan karya dan bab baharu dan tinggalkan banyak komen! Jika laman agak lambat dimuatkan, cuba lagi. Kami akan terus melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan AO3 berfungsi selancar mungkin untuk semua orang, tetapi mungkin ada sekatan sekali-sekala semasa serangan ini berterusan.
Kami melumpuhkan komen pada siaran ini kerana situasi ini masih berlangsung dan mengambil semua tumpuan pasukan sukarelawan kami, jadi kami tidak dapat memantau atau membalas komen di sini pada masa ini.
Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kami melihat dan menghargai semua mesej sokongan dan gif comel yang telah anda hantar sebagai balasan kepada siaran dan tweet kami dalam beberapa hari yang lalu. Kami amat berterima kasih atas sokongan anda!
Kemas kini 16 Julai 2023, 11:55 UTC: Keupayaan untuk meminta jemputan, borang Bantuan & Maklum Balas dan halaman Soalan Polisi & Laporan Aduan semuanya kembali aktif.